Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 2-Oct-2010 05:54 Email | Share | Bookmark
Kak Nab Bagi Pisang

 
 
 
Hari Khamis lalu,kak rus bersama Kak Nab dan Cikgu Asma Laidin ke rumah terbuka Pn. Asma (isteri Tuan Hj. Ismail -boss HPA).......Wow ramainya tetamu...Pn. Asma beritahu tetamu jemputannya hari tu seramai 2000 orang......meriah gitu.Kak rus bawa kamera tapi malas pula nak ambil gambar.Kalau boleh nak tangkap gambar hidangan yang lazat yang disediakan dan rumahnya yang cantik di Laguna Merbok yang baru diubahsuai.
Bila hantar balik Cikgu Asma (bekas cikgu kak rus yang ngajar kak rus semasa kak rus di sekolah rendah) dan Kak Nab.....Kak Nab bagi pisang nangka.....comel-comel pisangnya.
Pagi ni.....tengok pisang dah masak dan sesuai untuk digoreng.Kak rus goreng pisang tu menggunakan tepung rangup Suri dicampur sikit tepung beras atau tepung gandum..... Kena cuba,tokai, try and error....wow...rangup. Memandangkan pisang tu kecil dan comel kak rus belah dua sahaja.
Untuk petua kerangupan pisang goreng tu....kak Yam (tuan punya gerai pisang goreng) menurunkan petuanya sekiranya menggoreng pisang guna tepung rangup tu....katanya bancuhan tepung jangan banyak....adun bater tu sekadar cukup sekali goreng.Kalau ada lagi pisang yang nak digoreng bancuh semula tepung tu....



Kak rus menggunakan tepung rangup ini



Resepi bater yang mudah - untuk percubaan anak dara kak rus yang dok kat Puchong (sekiranya anak mama nak goreng pisang esok...hehehe...esok kankah hari minggu)

3 sudu besar tepung rangup Suri
2 -2 1/2 sudu besar tepung beras (boleh ditambah tepung gandum sikit)
secubit garam
air secukupnya (jangan banyak -bancuh bagi pekat)
Adun kesemuanya.....celup belahan pisang dan goreng dalam minyak panas.
Control api supaya tidak hangus.


Yang ini pula bila bater tu ditambah bijan.......pi beli bijan kat kedai mamak depan rumah.Bila balik buka bungkusan....alahai kecilnya bijan.....kak rus tak pernah tengok bijan sekecil bijan di kedai mamak tuuu...





Assalamualaikum.......Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net