Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 8-Oct-2010 16:26 Email | Share | Bookmark
Kek Sarang Lebah Laa....Bukan Sarang Tebuan

 
 
 
 
Petang semalam kak rus mengadun resepi Kek Sarang Lebah sebab nak bawa pi ngaji kitab pagi ni.Disebabkan adunan tu kena diperap 3 jam kak rus pun mengadunnya lebih kurang pukul 6.00 petang dan dah berkira-kira nak bakar pukul 9 malam.
Alahai......sebelum sembahyang Maghrib kak rus makan malam dan selepas sembahyang,macam biasa wirid sikit dan baca al-Quran sikit......lepas tu nonton Berita dan Sukan Commonwealth.Lepas sembahyang Isyak sambung lagi tengok sukan.Terlupa sungguh kak rus dengan adunan yang kak rus perap.
Bila beralih tengok jam.....dah pukul 11.00 malam,terus gosok gigi dan ke dapur sebentar nak minum air.Nasib baik ke dapur dan terpandang adunan yang diperap...Astaga....terkejut pula dan tersebut..".Ya Allah Kek Sarang Tebuan aku belum bakar."
Pukul 12.00 tengah malam baru boleh kak rus masuk tidur,yakni selepas selesai membakar kek sarang tebuan tuuu....ehhhh....Kek Sarang Lebah Laaaa....

Kek Sarang Lebah terlebih perap...huhuhu......


Resepinya.....sedap kek ni...lembut gitu
Kak rus ambil dari buku resepi percuma Tesco,Rasa-Rasa Semenanjung.Kek ini disediakan oleh Puan Aida Osman dari Selangor.TQ Pn. Aida....

1 cawan gula pasir-kak rus kurangkan jadi 3/4 cwn saja
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
1 cawan susu pekat manis-kak rus kurangkan juga jadi 3/4 cwn
1 cwn tepung naik sendiri*-diayak bersama
2 sudu teh soda bicarbonat*-diayak bersama
4 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

1. Masukkan gula pasir dalam periuk,masak hingga gula cair dan menjadi perang,tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga habis,kacau rata(berhati-hati,sebab masa tuang air,gula tadi akan memercik).

2. Masukkan mentega,kacau hingga cair dan sejukkan.

3. Putar telur hingga kembang dan pekat.Masukkan susu pekat manis,kacau rata. Masukkan tepung,kacau rata dan akhir sekali masukkan adunan no. 1 dan juga esen vanilla.Gaul rata dan perap adunan 2-3 jam.

4. Tuang adunan dalam tin pembakar(8 x 6 inci) yang dilengser dengan mentega dan dialas dengan kerajang aluminium,lenser juga kerajang aluminium tu dgn mentega dan bakar 1 jam dengan suhu 170 C.Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.


Semasa menunggu kek masak....anak dara kak rus di Plymouth hantar sms kata dia dah hantar gambar-gambar biliknya kat photobucket kak rus.....sempatlah kak rus edit lain gambar tu dan rasa syukur kerana memang berbaloi keadaan biliknya kalau nak banding dengan biliknya semasa tinggal di Sabah.Katanya sebuah rumah ada 5 buah bilik dan dia tinggal bersama 4 orang kawan lamanya....Ocha(Neg. 9), Grace (Sabah), Arifah (Kedah) dan Sankalah (KL)...alahai tinggal bersama baik-baik yaaa......Mesti sejuk kannnn....pasal sekarang dah semakin menurun suhu kat sana.....jaga kesihatan yaaaaa........ 5 Sahabat 1 Malaysia........

Ini gambar-gambarnya...










Assalamualaikum......Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net