Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Oct-2010 15:16 Email | Share | Bookmark
Sedapnya Sayur Brokoli......

 
Semalam selepas selesai buat fisioterapi kat HSAH....kak rus terasa lapar la pulak...mana tak dari pukul 8.45 pagi sampai 12.00 tengahari baru selesai.Haaaaa....macam mana tak terasa lapar.Kak rus terus ke kafeteria HSAH.......Wow...wow...wow...macam-macam kuih muih,lauk-pauk,soto,lontong,bihun sup,pulut kuning dan entah apa-apa lagi...semuanya ada.Kak rus minta nasi separuh dan terpikat dengan Kari Ikan Kering +Terung,Sayur Kailan Goreng,sambal belacan dan ulamnya....hmmmmmm brokoli celur....memang habis licin kak rus bedal....hahahahaha.... .

Bila balik singgah sekejap kat Tesco.....salah satu benda yang dibeli mestilah brokoli, pasal sedap sangat .Sampai sahaja ke rumah terus proses dahulu brokoli tu macam Ina Garten lakukan dalam rancangan Barefoot Contessa......hehehehe.Bukan buat apapun cuma celur brokoli tu dalam air mendidih dah tu masukkan dalam air yang dicampur ketulan ais.Kemudian toskan dan kak rus simpan dalam freezer....terlupa dok dalam freezer tak ngapa jangan terlupa berbungkus dok dalam petiais.....hehehe....satgi habis jadi kuning.

Hari ini baru kak rus masak sayur brokoli tu.Kak rus buat ikut resepi dari rumah Raidah. Mmmmmmm.....memang sedap....Brokoli Goreng Bawang Putih....TQ Puan Raidah.



Resepinya....TQ Puan Raidah

200g brokoli
5 ulas bawang putih ~ potong dadu
1 sudu besar pes bawang(resepi~sila lihat di bawah)
2 sudu besar sos tiram
Garam (kak rus tak bubuh pun tapi ganti ngan secubit perasa ayam)
Air
1 sudu besar minyak.

Cara penyediaan:

1. Potong brokoli dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.

Resepi Pes Bawang juga dari rumah Raidah

Bahan-bahan:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.



Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net