Want your
own Fotopage?






 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Oct-2010 10:33 Email | Share | Bookmark
Buat Puding Tako Jade Pulaaa.......

 
Tepung Hon Kwe ada berbaki sedikit lagi.Apa kuih yang kak rus teringin nak buat hari ini?
Memandangkan tepung tu tepung Hon Kwe hijau dan sedikit Hon Kwe putih,kak rus mencari-cari resepi Puding Tako Jade.Kak rus masih teringat suatu ketika dulu semasa kak rus bertugas di SMK Father Barre Convent,ramai cikgu yang saling mencuba kuih ini dan membawa ke sekolah untuk dinikmati bersama.Sekiranya ada yang buat tak menjadi kami akan sering berkongsi perbaiki resepi supaya kuih ini akan dicuba lagi....hehehe.... Antara rakan-rakan kak rus itu ialah Puan Zoaini Haron,Puan Khuzaini,Puan Rosnah Shariff,Cik Nik Hartini(sekarang dah jadi pensyarah di MPSAH),Puan Fazillah Mansor, Puan Nurlaila,Puan Shahrizat dan ramai,ramai dan ramai lagi.
Dalam tercari-cari resepi tu,kak rus teruja untuk mencuba resepi dari Saji Online.........Semasa mengkaji resepi tu kak rus rasa macam resepinya terlalu banyak gula jadi kak rus kurangkan sedikit tapi bila dihidang memang terasa masih lagi manis.Jadi sekiranya ingin mencuba resepi ini eloklah dikurangkan penggunaan gula dan tambahkan lagi sedikit cecair supaya lebih lembut dan senang untuk disendukkan ke dalam acuan secara berselang-seli.



Resepinya
Bahan-bahan:
(Bahagian Putih)

50 gm tepung green pea(kak rus guna tepung Hon Kwe putih)
100 gm gula kasar (kak rus guna cuma 1sb sahaja)
1 biji kelapa - ambil 4 cawan santan*(kak rus guna santan kotak cap ayam)
Secubit soda bikarbonat (kak rus tak guna)
Secubit garam

Kisar semua bahan agar tidak bergentel.

Bahan-bahan:
(Bahagian Hijau)

100 gm tepung green pea(kak rus guna Hon Kwe hijau)
200 gm gula kasar(kak rus guna 140 gm shj)
5 cawan air daun pandan*+ sedikit pewarna hijau
Secubit soda bikarbonat (untuk memantapkan warna hijau daun pandan)

Kisar semua bahan agar tidak bergentel.

Cara Menyediakan:

1. Gunakan dua periuk yang berasingan. Masukkan bahagian putih ke dalam periuk pertama dan bahagian hijau ke dalam periuk kedua. Kacau serentak di atas api yang sederhana.

2. Bila adunan menjadi kental, tuangkan adunan hijau ke dalam loyang berselang-seli dengan adunan putih seperti membuat kek marble. Biarkan sejuk baru dipotong.

* Lebihkan lagi sedikit penggunaan kedua-dua bahan ini.
Nota: Tepung green pea boleh dibeli di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Ada dua jenis tepung green pea, satu berwarna putih dan satu lagi kekuningan. Untuk resipi ini, gunakan yang putih.




Assalamualaikum....Terima Kasih Semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net