Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Oct-2010 14:08 Email | Share | Bookmark
Cuba Resepi Dari Mauripan.

 
 
Keinginan untuk mencuba resepi dari kotak yeast Mauripan adalah kerana penggunaan yeastnya sebanyak 1 peket (11 gm)....hehehe.......tak ada baki lebihan yang mungkin menyebabkan yeast baki itu akan menjadi tidak aktif bila dibuat pula roti menggunakan bakinya.Kak rus menggunakan resepi Roti Kismis.



Disebabkan adunannya banyak separuh daripada adunan tu kak rus buat bun sosej....huhuhu...Kak rus tak akan menggunakan sosej jenama lain kecuali sosej Ayamas ........ sosej Ayamas sahaja sampai mati...... best sangat-sangat rasanya tapi penggunaan gulanya kak rus kurangkan.



Resepinya seperti mana tertera di kotak dan di dalam kertas resepi yang dititipkan dalam kotak yeast Mauripan.......

Quote:
Roti Kismis
700 gm tepung gandum
11 gm yeast segera
1 sudu teh garam
100 gm gula (kak rus kurangkan)
1 biji telur
70 gm mentega
35 ml susu
400 ml air
100 gm kismis
30 gm buah-buah campur (kak rus tak boh pun pasal tak dak)
Campurkan tepung dan yeast dan adun sebati,masukkak air dan adun lebih kurang 5 minit.Masukkan gula,garam,telur,mentega,susu dan adun bagi sebati.Tunggu 20 minit.
Masukkan kismis dan buah-buah campur dan tunggu lagi 15-20 minit.
Timbang 60 gm bentuk bulatan tunggu 10-15 minit.Dirol tipis dan bentuk ikut suka hati.Letakkan diatas loyang dan sapu dengan mentega/susu cair.
Tunggu sampai kembang berganda dan dibakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu.

Inilah resepi yang terdapat di dalam kotak yeast tu......kak rus taklah ikut 100% macam cara membuatnya tu......buatlah ikut pandai masing-masing asalkan menjadi roti tu.....memang menjadi dan tak mungkir janji.....hehehehe

Tak kira siapa nyanyi.....kak rus memang suka dengar lagu ini...hehehehe....








Assalamualaikum.........dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net