Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Nov-2010 09:30 Email | Share | Bookmark
Hujan-Hujan Ni Sedap Kalau Hirup Bubur Gandum.......

 
Dulu masa kak rus darjah 6 di sekolah rendah masih ingat lagi.....kak rus pernah ditugaskan mengedarkan bubur gandum untuk murid-murid sebagai bantuan sarapan kepada murid-murid miskin.Kalau ada baki cikgu yang bertugas akan bagi kat kak rus semangkuk...hehehehehe....

Kak rus juga teringat suatu ketika dulu bila kak rus berkursus di Swiss Garden,pihak hotel menghidangkan bubur gandum ni.....peserta dari Kelantan tertanya-tanya kak rus apakah jenis buburnya dan ada yang teringin nak pi cari biji gandum untuk dibawa pulang.Ini semuanya pasal rasa bubur gandum tu teramat sedap dan teramat harum baunya.Bubur ini akan lebih sedap kalau biji gandumnya direbus sehingga betul-betul kembang tapi jangan sampai hangit yaaa.....Untuk menghindarkan bubur tu hangit kak rus merebus biji gandum tu dengan menggunakan slow cooker tapi boleh juga guna periuk nasi elektrik .Seawal pukul 12.00 tgh kak rus dah mula rebus dan biarkan kembang......pukul 4.00 petang kak rus pun mula memproses memasukkan daun pandan, gula,santan,garam dan sedikit susu pekat...mmmmm sedap yang amat dihirup di waktu hujan niiii....



2 cawan biji gandum
2 helai daun pandan disimpul
air secukupnya kalau masih tak kembang tambahkan airnya
santan selemaknya
gula secukup rasa
2 - 3 sudu besar susu pekat
sedikit garam
Rebus biji gandum sehingga kembang.
Bila elok kembangnya masukkan daun pandan,gula,garam,santan pekat dan
susu pekat.Pastikan ia tidak terlalu pekat dan tidak juga cair...mmmm sedap dihidangkan panas-panas untuk minum petang.



Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net