Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Nov-2010 10:23 Email | Share | Bookmark
Tebang Pokok Ubi Kayu.....

 
Kak Nab bagi tahu yang Kak Dah tebang ke semua pokok ubinya.....hehehe....Kak Dah cuma ambil pucuknya sahaja.....ubinya masih tertanam.Maknanya pokok-pokok ubi itu ke semuanya tinggal batang dan ubi sahaja....daunnya sehelai pun tak dak.Kak Dah sebenarnya nak buang semua pokok ubi dan tak mahu tanam lagi.Kak Nab pula bagi tahu Kak Dah yang kak rus memang penggemar ubi kayu....hehehehe.....Kak Nab memang pandai...............Keesokannya kak rus bersama Kak Nab ke rumah Kak Dah.....apalagi tugas kak rus ialah mencabut batang pokok ubi tu untuk nak dapatkan ubinya.Cabutlah kak rus batang-batang pokok ubi tu sampai terduduk......hehehehe......
Balik rumah kak rus parut ubi kayu tu dan dinginbekukan......nak buat apa-apa juadah dah tak kuasa pasal letih sangat.....cabut pokok ubi sampai terduduk.Bukan cabut ubi sahaja malah mengait buah mempelam dari pokok banyak semut kerengga depan rumah Kak Dah.
Hari ini kak rus mencuba Kek Ubi Kayu....betul-betullah ini Kek bi Kayu.Hari tu buat ikut resepi dari radio......juruhebah kata Kek Ubi Kayu....kak rus pun Kek Ubi Kayulah.Betul kata Madihah kek tu tak macam kek....macam bingka hehehehe...... yang ni memang jadi kek,buat berbuka puasa petang ni....



Resepinya
200 gm butter
120 gm gula
3 biji telur
40 gm madu
1 st vanilla
1/2 cwn susu cair (kak rus boh santan kotak)
1 cwn kelapa parut putih segar (kak rus tambah)
130 gm tepung naik sendiri + 1/2 st baking powder dan diayak
1 cwn ubi kayu parut
sedikit garam
Pukul butter ngan gula sampai kembang masukkan madu dan pukul lagi.
Seterusnya masukkan telur satu persatu dan masukkan tepung dan garam diikuti susu cair,kelapa dan ubi kayu parut.Sebatikan dan tuang dalam acuan 8 X 8 X 3 inci yang dilenser lemak dan ditabur tepung.Bakar hingga masak.


Ini pula resepi dari Majalah Wanita tahun 80an...hehehe...

Quote:
5 butir telur ayam
1 1/2 cwn gula pasir
1 1/2 cwn butter
1 1/2 cwn tepung gandum
3 cwn ubi kayu yg sudah diparut dan diperah buang patinya
1/2 tin susu pekat
1 st baking powder
1 sb vanilla
Gula dipukul dengan telur sampai hancur gulanya sementara dibekas lain pukul mentega sampai kembang,bila dah kembang baru dicampurkan susu dan dikacau sebati ke semuanya.

Tepung gandum dan baking powder diayak bersama kemudian disebatikan dengan ubi kayu dan kemudian dicurahkan ke dalam adunan telur tadi.Campur sebati dan barulah dituangkan ke dalam acuan yang siap dilenser (acuan berlubang tengah) barulah dibakar dengan api sederhana.
Resepi oleh Puan Maimon Haji Maalom




Assalamualaikum......dan Terima Kasih Semua
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net