Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Dec-2010 19:10 Email | Share | Bookmark
Baru Balik Dari KL.......

 
Kak rus baru sampai dari KL.......penatnya semasa di MAHA.Pening kepala dengan ribuan pengunjung.Tapi lagi pening tengok kereta berduyun-duyun dengan sistem letak kereta yang entah apa-apa....berjam-jam berbaris.Tempat pameran nun di hujung sana...alahai penatnya berjalan dan kak rus cuma sempat masuk satu dewan pameran sahaja.Nak masuk ke dewan pameran lain dah malam dan hujan pulak yang turun.Gambar-gambar pun tak ada hati kak rus nak ambil....pasal orang terlalu ramai.Rasa tak puas hati betul laaaaaa......
Sampai tadi....tengahari tadi........dah petang teringin pulak nak makan karipap inti keledek macam kat rumah CMG dan inilah karipapnya......semuanya pasal terdapat ubi keledek dalam simpanan..... sedapppp......... kulitnya rangup sampai ke malam....tapi kak rus lebih suka kalau karipap ni berintikan daging/ayam dengan ubi kentang........tak mengapalah.....cuba jangan tak cuba.Anak kak rus pula suka kalau berintikan sardin + ubi kentang.

Alahai nak upload gambar pula tak boleh ngan server gila niiii....
Sambung kemudiannnn.....hehehehe...

Ini haaaa gambarnya....baru boleh copy....mmmmm....



Resepinya kak rus copy & paste dari rumah Mat Gebu....TQ very much...

Bahan Pastry:-
250 g tepung gandum*
50 g tepung beras*
45 g tepung sagu ubi*(*disatukan dan diayak)
100 g mentega/majerin (kak rus guna minyak masak+sikit butter dan panaskan)
130 ml air + sedikit garam (garam ni kak rus tambah)


Bahan Inti:-
400 g keledek, kupas, cuci dan potong dadu
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 pokok daun sup, cincang halus
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
1 camca teh gula
1/2 cawan air
1 camca besar serbuk kari ikan

Cara membuatnya:-

1. UNTUK INTI:- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih, udang kering dan hirisan daun kari. Kacau hingga semua wangi. Masukkan serbuk kari dan air. Bila mendidih, masukkan sos tiram, gula dan kicap cair. Masukkan keledek, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga keledek empuk dan inti kering. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
2. UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah diayak tadi sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan (jangan bimbang jika air tidak habis digunakan). Bulat2kan doh, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 20 minit.
3. UNTUK EPOK2 KELEDEK:- Doh dibahagi kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 3 mm. Potong menggunakan acuan bulat berukuran 4 inci dan isi inti, kemaskan dan kelim tepinya seperti kita membuat karipap biasa. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning kekemasan. Angkat dan toskan.




Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua.....
SALAM MAAL HIJRAH 1432


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net