Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Dec-2010 20:37 Email | Share | Bookmark
Seronoknya My Girl......

 
 
 
Kak rus dah jadi gian nonton drama-drama Korea dari channel 393 terutamanya cerita My Girl,Big Thing,Giant,Daring Woman,Dr.Champ,First Wives Club dan persembahan-persembahan yang lain.
Rasa dah tak mau bergerak ke mana tapi nasib baik ada banyak kali ulangtayang.
Kak rus juga teruja buat mee kering goreng ni bila tengok Yoo-Rin dari drama My Girl menjamahnya....alahai teringin pula kak rus mencubanya......mmmmmmh sedap sungguh bila lama-lama sekali pekena.....heheheheh....



Bulan Muharram pun dah tinggal minggu terakhir......dok teringat bila nak buat Bubur Asyura....tak boleh jadi ni.......Kak rus terus merebus kacang dan mengukus ubi keledek pagi semalam....dan terus mengodak Bubur Asyura....dan jadilah untuk dirasa dan diberikan kepada jiran-jiran dan sahabat handai.


Resepinya
2 cwn tepung beras cap Gajah
1/2 cwn tepung Hon Kwee
2 cwn santan pekat
3 cwn air
2 cwn air gula melaka/gula merah(masak air dan gula kemudian tapis)manis ikut rasa
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
sedikit air kapur yang dibening
sedikit garam
daun pandan yang disimpul
Bahan-bahan pelengkap
2 cwn kacang hijau yg dah direbus empuk
2 cwn ubi keledek didadu dan dikukus
1/2 tin cream jagung
1 tin kacang merah kasar (yg siap boleh diguna di buang airnya)
1/2 cwn sagu direndam sekejap
5 biji pisang dihiris membulat 1 cm tebal
(boleh ditambah kacang-kacang yang lain yang direbus empuk terlebih dahulu)
Bancuh kesemua tepung dengan air gula,air kapur,garam dan santan.Masukkan simpulan daun pandan dan kacau sentiasa atas api hingga pekat dan berkilat.
Bila nampak pekat dan berkilat masukkan sagu dan kacau sehingga sagu masak kemudian masukkan susu, jenis-jenis kacang ,jagung,keledek.. terus kacau lagi hingga betul-betul masak dan akhir sekali baru masukkan pisang.
(sekiranya nampak terlalu pekat masukkan sedikit air panas dan terus kacau hingga sebati)
Sediakan bekas yang dialas dengan daun pisang dan tuang bubur tersebut....biarkan sejuk baru dipotong untuk disajikan



Pagi tadi bangun terus buat Cucug Pisang.....pisang yang ditebang masih ada baki selepas dibedak-bedak dekat kawan-kawan dan jiran....Tengaharinya kak rus cuma buat Nasi Goreng Cina dan dihidang dengan Udang Celup Tepung.....resepi udang ni kak rus ambil dari rumah Gert....mmmmmmm sedap


C&P dari rumah Gert....TQ Gert
Ingredients:
1 pound of medium size shrimp
½ tsp of salt
½ tsp of pepper

Batter
5 tbsp of flour
2 tbsp of cornstarch
1 egg
½ tsp of salt
½ tsp of pepper
½ tsp of baking powder
1 small handful of cilantro – chopped
2 spring onions – chopped
1 cup of water – more or less

1. Shell shrimp and devein, retain the tail. Pat it dry and marinate with salt and pepper and set it aside.
2. Mix all the ingredients for the batter, add in the water slowly and mix it until it’s thick and smooth. (I used about 1 cup)
3. Heat up oil to medium heat, hold the tail of the shrimp and dip in batter. Deep fry for 2 min or until golden brown.
4. Remove shrimp on a paper towel to absorb the oil. Serve with chili sauce and any kind of dipping sauce of your choice.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net