Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Jan-2011 15:20 Email | Share | Bookmark
Teringinnyaaaaa......

 
 
 
Bila melilau-lilau,terasa hati nak ke rumah Jasmeen....hai pasal apa pun tak tahu...huhuhu.Rasanya lama juga kak rus tak ke rumahnya...hehehehe......Tapi sebenarnya,hajat hati nak cari resepi Cheese Cake....cheese cake yang tak perlu bakar.Bila masuk terkejut pun ada....hehehehe.....beraninya Jasmeen....hehehehe.. .
Keteringinan kak rus dah terhapus....pagi tadi sebelum masak untuk lunch kak rus terus buat Chilled Cheese Cake dic&p dari rumah Jasmeen.....TQ Jasmeen....ada lah sikit kak rus ubahsuai pasal bahan tak mencukupi...apapun nasib baik dia beku...kalau tidak meranalah kak rus untuk mengubat keteringinan tersebut.


Terima Kasih Jasmeen..........

Chilled Blueberry Cheese Cake
Base
120g Biskut Marie dihancurkan (teman gantikan dgn biskut Tiger)
120g Mentega cair (kak rus kurangkan jadi 80gm saja dan guna mentega room temperature)
*Campurkan kedua2 bahan, tekan dlm springform & sejukkan..

Filling
A
2 biji kuning telur(kak rus guna keseluruhan telur sayang nak buang putihnya-pukul sebati dulu dengan gula)
150g gula(kak rus kurangkan jadi 100 gm saja)
160g susu segar (kak rus guna susu cair dan campurkan sikit air)
*Masak guna double boiler (teman malas nak wat double boiler, teman masak jer atas api yg perlahan)

B
2½ sudu besar gelatin (kak rus gunakan Halalgel), larutkan dalam 6 sudu besar air panas (kak rus larutkan dalam 8 sudu besar air panas)

C
250g cream cheese
250g double cream (teman guna yogurt perisa blueberry)

Cara2 membuatnyer :-
- Putar cream cheese hingga licin, masukkan double cream, A & B.
- Tuang ke dalam loyang biskut td & sejukkan 2 ~ 3 jam
- Letak filling blueberry diatasnyerr..(teman pipekan whipped cream)..

Kak rus tak pipekan pun whipped cream....pasal tak dak....

Ini pulak kak rus buat semalam....teringin sangat bila pi makan kenduri bulan Disember lepas kat rumah siapa pun tak ingat....rasa acarnya sedap sangat......last-last buat sendiri dan boleh makan tiap-tiap hari.Acar Halwa Buah....ikut resepi arwah mak kak rus.Kak rus teringat semasa kak rus berkursus setahun di MPPM, Melaka adalah arwah mak kak rus mengepos acar ni semasa di bulan puasa.....Kawan-kawan kak rus di Dorm R tingkat bawah B bersama-sama menikmati acar ni....sekejap saja habis....hehehe.Antara mereka ialah Zainon (Neg. 9) ,Kamsah (Neg. 9) ,Faridah Karim ( Perak) , Siti Zaleha Hashim (Johor),Pamdah( Neg. 9),Hasnah Omar (Kedah) , Shireen (Johor), Hasniah Abbas (Terengganu),Zakiah Parman (Johor),Che Som Che Soh(Kelantan), Khatijah (Pahang),Zaliha Nikmat (Melaka) dan Jasimah (Pahang)



Bahan-Bahan:
Bahan A :
1 mangkuk halwa buah-buah dicampur kesemuanya antaranya buah prune,buah pala,halwa limau kasturi,kismis hitam dan kuning,buah plum merah,buah kurma,buah ara,buah apricot dan apa-apa sahaja halwa yang boleh digunakan yang boleh didapati dalam bungkusan di supermarket.

Bahan B
15 tangkal cili kering digunting dan direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Kesemua bahan B dimesin dengan sedikit air dan sedikit minyak.
2 sudu besar serbuk kari daging disangai terlebih dahulu
Kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkeh

Bahan C
1 1/2 cawan cuka dicampur dgn 1 cwn air panas
1/2 cwn gula (ikut rasa.....buah-buah halwa dah manis)
sedikit garam
2 cwn minyak Kak rus guna minyak zaitun-- (tidak membeku bila acar disimpan dalam petisejuk)
sedikit biji sawi
secukupnya bijan yang dah disangai


Cara:
1. Tumis biji sawi ,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkeh kemudian masukkan bahan yang dimesin dan rempah kari daging hingga betul-betul garing dan naik minyaknya.
2. Masukkan campuran cuka, gula dan garam dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit.
3. Masukkan campuran buah-buah halwa dan biarkan mendidih sekali lagi dan menjadi pekat.
4.Rasa manis masamnya....boleh dihidang dengan taburan bijan.




Ini pula....breakfast pagi tadi....bubur nasi.Orang utara kata moi.......Sebelum tidur malam semalam kak rus siap letak beras dan gandaan air dalam periuk nasi bersama seketul halia dan sedikit garam....lepas tu tekan switch ke Porridge....bangun pagi ni siap jadi moi yang halus dan licin.......
Pagi ni kak rus cuma goreng ikan bilis ngan bawang dan cili kering.....makan ngan kicap.Nak lagi creamy masukkan sedikit marjerin Dorina ke dalam moi yang tengah panas tu......alahai sedapnya.





Assalamulaikum dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net