Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 22-Jan-2011 12:33 Email | Share | Bookmark
Baru Balik Dari Island Hospital,Pulau Pinang.....

Lima hari empat malam kak rus menginap di Island Hospital kerana menjalani pembedahan membuang Goitre di leher kak rus.....huhuhuhu.....
Sekarang....Alhamdullillah dah rasa lega sebab ketulan sebesar telur ayam yang selalu menganggu seluruh jiwa ,
perasaan dan semangat kak rus dah berjaya dikeluarkan.Sebenarnya kak rus pun tak perasan ketulan itu terdapat di leher kak rus,sebab tak terasa sakit pun.Emak saudara kak rus yang nampak semasa beliau bertandang ke rumah kak rus pada bulan April 2010 yang lalu.......terima kasih banyak Mak Su Munah yang tinggal di Alor Star.Syukur ke hadrat Illahi kerana mempermudahkan kerja-kerja pembedahan tersebut yang dilakukan oleh doktor pakar pembedahan Mr.TJ Wong yang baik budi....yang amat-amat baik tingkah laku dan budi pekerti.Terima kasih juga kak rus ucapkan kepada Datuk Dr.Hamzah,Pakar Bedah Jantung dari Hospital Besar Pulau Pinang yang mengesyorkan agar suami kak rus bawa kak rus berjumpa dgn Mr.TJ Wong.
Syukur,syukur dan berbanyak-banyak syukur.....alhamdulillah kak rus panjatkan rasa kesyukuran yang teramat ke hadrat Allah Subhanahuwataala.
Kak rus ke hospital tersebut pada hari Selasa dan pembedahan tersebut dilakukan pada 19hb Januari 2011,hari Rabu, pukul 9.30 pagi .Berdebar-debar semasa dibawa ke bilik OT....sepanjang perjalanan ke situ tak putus-putus kak rus mengucap syahadah...mengucap,mengucap dan mengucap.Sebelum dibedah pakar bius ada bertanya beberapa soalan.......tup,tup kak rus dah tak sedar masa bila kak rus dibius....bila tersedar,nurse di Bilik ICU kata kak rus dah selamat dibedah.
"Apa dah siap dibedah....?"dengan suara parau kak rus terkejut bertanyakan soalan tersebut......dan terus dibawa ke bilik 523 katil 2.....huhuhuhu....
Hospital ini kak rus dapati ramai sangat pesakit-pesakit yang datang dari Indonesia.....
Kak rus dok di bilik tu dengan seorang pesakit bedah tyroid dari Minden Height yang baik sangat......Puan Tan.......macam-macam perkara yang kami bualkan walaupun suara kami berdua parau.......seronok sungguh....sebelum pulang semalam nyonya Tan ajak kak rus pusing-pusing seluruh hospital.....TQ Nyonya Tan dan anak lelakinya yang baik budi bahasa....bila boleh kita berjumpa semula....huhuhuhuhu......

Tiada hidangan spesial untuk entry kali ini cuma kak rus paparkan hidangan breakfast kentang goreng bersama filet ikan sebelum kak rus ke Island Hospital....hehehe..



Ini pula Kek Alunan Kasih yang dah lama dibuat hingga terlupa pulak kak rus nak update.Terima kasih kepada Madiha yang bertanyakannya juga tak lupa kepada tuan punya resepi Puan Mastura Yasak dan disalin oleh Mamasya.



Ambil resepi dari rumah Madiha...TQ

BAHANNYA

* 5 Biji Telur
*1 ½ cwn Planta atau 250g butter
* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
*2 cwn gula halus (MaDiHaA guna kastor & hanya letak 1 ½ cwn je)
*1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
* ½ cwn susu cair**

*1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
* *Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2.. MaDiHaA guna hijau & merah terang)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

*Pukul planta dan gula smpai kembang...
*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
*Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.
*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama (merah).. (MaDiHaA letak setengah dari setiap warna.. bermakna kek hanya ada 4 lapisan) ratakan dlm loyang dan
*ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
*Then masukan lapisan kedua.. (letak setengah) warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.






Assalamualaikum ..dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net