Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Feb-2011 09:28 Email | Share | Bookmark
Teringat Dulu-Dulu..........

 
 
Arwah ayah kak rus buka kedai runcit dulu-dulu selepas beliau bersara dari tugasnya sebagai seorang polis.Seingat kak rus arwah bersara semasa kak rus masuk darjah 3 di Sekolah Perempuan Jalan Sekerat.Sebelum ayah kak rus bersara kak rus memang tidak tinggal bersama dengan emak dan ayah kak rus yang selalu berpindah....kak rus tinggal dengan tok/nenek kak rus.
Memang terkejut badaklah dan action lebih pasal ayah kak rus ada kedai runcit kat Kpg.Pengkalan Lebai Man.....hehehehehe.... Apa barang dan keperluan yang dikehendaki ada belaka....bahan kering,bahan basah,pinggan mangkok,makanan.....tak perlu nak senarai....macam-macam ada.Minat memasak kak rus pun bermula dari kak rus di sekolah rendah lagi pasal kak rus tak payah nak pi beli....semua bahan-bahan memasak ada kat kedai belaka.Malahan semasa orang kampung menggunakan dapur kayu emak kak rus menggunakan dapur gas ketika itu.Kak rus ingat kawan sekampung kak rus Rokiah Mustapha berhajat nak buat kek untuk dihadiahkan kepada cikgu kelasnya....disebabkan emak kak rus ada sebuah oven hitam cap kupu-kupu.....Rokiah minta tolong kak rus ajar dia membuat kek di rumah kak rus.......Apa khabar Rokiah sekarang....?Nama panggilan Rokiah di kampung ialah Jon.....Jon anak Kak Amnah.

Salah satu hidangan cepat yang menjadi kegemaran kak rus dan adik-adik ialah hidangan ini......Roti Empat Segi ngan Sardin....huhuhuhu....memang sedap.Di kedai ayah kak rus deretan balang berisi berbagai-bagai biskut dijual.Bila balik dari sekolah kak rus akan membantu emak dan ayah memasukkan biskut-biskut ke dalam balang-balang yang kosong...dan balang biskut yang selalu kosong ialah balang Biskut Empat Segi atau Biskut Cream Crakers....memang biskut ni laris sangat...hehehehe......

Kak rus baru pekena roti Gardenia dengan sardin lecek tadi....bila terpandang biskut cream crakers dalam balang kak rus teringat hidangan kegemaran adik-adik kak rus dulu-dulu.....huhuhuhu.... Inti sardin sekarang bertambah sedap pasal ada mayonis....dulu-dulu tak dok jumpa pun mayonis ni.



Ini pula hidangan semalam.......Makaroni Berkuah.Hidangan ini bukan kak rus buat tapi pemberian Mak Tuan Syarifah Asma yang dah datang 3 kali selepas kak rus dibedah.Memang rajin sungguh mak tuan malah murah hati menghantar hidangan yang sedap-sedap ni , bukan makaroni sahaja...ada juga Soto dan karipap daging.... yang diberi .Mak tuan datang semalam dengan Datin Zarina.....Terima Kasih Mak Tuan dan Datin.Semalam kak rus tak masak nasi dah makan hidangan inilah sekeluarga.Untuk dinner....suami kak rus beli mee dan koteow goreng dekat TNB depan Ceria.....heheheheheeeeee.....



Resepinya nanti nak tanya Mak Tuan hehehehe...TQ Mak Tuan

Bahan-bahan

1 paket makaroni ( rebus dan tos )
6 ulas bawang merah -blend
5 ulas bawang putih -blend
1 inci halia - blend
2 sb udang kering-blend
2 sk lada hitam-blend
1 biji bawang besar - potong dadu
2 biji tomato merah segar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu tepung gandum (untuk memekatkan kuah)
5 sudu tomato paste/soup
5 sudu sos cili
1/2 tin susu cair
air secukupnya
1 kiub ayam
1 tin cendawan butang - hiris nipis2
1/2 kg ayam - potong kecil2
1/2 kg udang + sotong
Daun ketumbar
Daun sup/ daun bawang - hiris halus-untuk hiasan
Bawang goreng secukupnya-untuk hiasan
Tauhu goreng
Telur rebus-untuk hiasan
Cili merah dihiris-untuk hiasan
3 sudu minyak sapi

Cara membuatnya

1.Panaskan 3 sudu minyak sapi .
2.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi kemudian masukkan tomato dadu dan bahan yang diblend-tunggu hingga layu dan naik minyaknya .
3.Masukkan isi ayam,sotong dan udang - biar sekejap,masukkan tepung gandum dan kacau sebati kemudian masukkan air dan kacau lagi.
4.Masukkan tomato soup , cili sos,cendawan,susu cair dan kiub perasa ayam.
5.Masukkan garam secukup rasa dan sedikit daun ketumbarkalau suka.
6.Akhir sekali masukkan makaroni dan hidanglah panas-panas.





Assalamualaikum dan Terima Kasih Semua..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net