Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Feb-2011 01:30 Email | Share | Bookmark
Buat Lontong Pula.......

 
 
Walaupun dan lebih sebulan kak rus dibedah,rasa macam lemah badan ni....sabar ajelah.
Hmmmm......lidah yang tak sakit....nak makan macam-macam.Nasib baik masih ada kemahuan nak memasak .....kalau tidak mati beranganlah kak rus....huhuhuhu.....
Semalam teringin nak makan lontong pula.....semua bahan-bahan dok ada belaka.Sinsing
lengan baju terus buat...huhuhu....lega selepas pekena dengan sayur lodeh dan kuah kacang.



Nasi Impit kak rus guna jenama Nona direbus 3 jam dengan air yang mencukupi.
Seeloknya kalau nak makan untuk sarapan rebuslah beras nasi impit tu malam sebelumnya.......

Kuah Lodeh

Bahan kisar
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih,
1biji bawang besar dibelah-belah
3-4 hiris halia
6-8 tangkai cili kering digunting dan direndam air panas
1 inci kunyit hidup
2-3 sudu besar udang kering

Bahan-bahan lain
kacang buncis di potong serong
1/4 bj ubi sengkuang dipotong memanjang
1 batang lobak merah dipotong memanjang
bunga kubis secukupnya
terung dibelah lapan
suun direndam
fucuk direndam
2-3 biji tauhu digoreng biarkan sejuk dan dipotong
1-2 keping tempe didadu bujur dan digoreng
1 kotak kecil santan
air secukupnya
2 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
1 kiub perasa ayam
garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Kemudian masukkan air dan santan.

3. Apabila santan mendidih, masukkan terung, lobak,dan kacang

4. Apabila terung sudah lembut baru masukkan sengkuang, kobis,fucuk , tauhu , suun, tempe, garam dan kiub perasa ayam.Akhir sekali masukkan asam gelugor .

5. Apabila dah mendidih, angkatlah ,hidangkan dengan nasi impit dan Sambal Kacang atau Sambal Tumis Udang/Sotong.

6.Tak salah kalau dihiaskan dengan bawang goreng,daun bawang & daun sup serta hirisan cili merah.




Ini pula kek comel kak rus buat sebentar tadi.Tak tau nak boh nama apa....teringat pula kat si Yoorin heroin cerita My Girl yang dah lama dah tamat.....tapi dok teringat-ingat kat kelincahan pelakon ni......hehehehe.





Assalamualaikum dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net