Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Feb-2011 11:35 Email | Share | Bookmark
Teringin Mee Bandung Pulak Dah.......

 
 
Dah keras mee kuning yang kak rus beli 3 hari sudah.Hai....tak boleh jadi ni....kena berusaha,berusaha dan berusaha macam Yoo-Rin kata dalam drama Korea My Girl....
hehehehehhheeee....... Jadi kak rus pun berusahalah membuat Mee Bandung....pasal mee ni senang lagi mudah.Tumis bahan rencahnya,masukkan udang,sotong dan daging,masukkan air,sayuran dan kiub ayam....hhmmmm jadilah ia.
Kak rus tak campurkan ke semua mee dalam periuk kuahnya tu tapi ceduk sedikit kuah,masukkan dalam periuk lain dan masukkan separuh mee.......kuah yang separuh lagi boleh buat makan malam pulak....heheheheeee.....berusaha,berusaha....berusaha..

Nonton dan nikmati lagu-lagu ni teringat kat Yoo-Rin......heheheheheeeee





Resepi Mee Bandung
Bahan-bahan
300 gm mee kuning, dibasuh dan toskan(kalau tak dak mee guna spaghetti)
200 gm daging, dihiris nipis
300 gm udang basah
200 gm sotong
100 gm sawi hijau
1 peket kecil bebola ikan
50 gm kobis
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 cawan air rebusan tulang lembu (Kak rus guna kiub ayam sahaja)
air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Cili merah, dihiris untuk hiasan
Daun bawang dan daun sup utk hiasan
Bawang goreng, untuk ditabur
Tauhu digoreng dan dipotong
Limau kasturi

Bahan-bahan dikisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 st pes cili udang kering (dalam botol)-optional
7-8 tangkai cili kering dipotong dan direndam air panas
sedikit lada hitam

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.


2. Masukkan daging, udang, sotong,sos tiram dan sos tomato. Masak sebentar sebelum dimasukkan air ,kiub perasa ayam dan sayur-sayuran.

3. Masukkan garam dan gula. Masak kuah hingga pekat baru dimasukkan mee kuning.
Semasa mendidih pecahkan 2-3 biji telur dan biarkan jangan dikacau.

4. Hidangkan mee bandung bersama cili merah, bawang goreng, hirisan daun salad, tauhu, limau kasturi, kacang pis dan telur rebus.(kak rus tak pecahkan telur cuma hias dengan telur rebus sahaja)


Satu lagi hidangan....kak rus buat Kek Pisang Marble Berpusar....rekaan bila tengok dalam Foodgawker macam-macam gambar kek ada.Resepi sebenarnya ialah muffin....tapi kak rus rasa lebih sedap kalau buat kek....jadi mereka-rekalah....hasilnya boleh tahan...... Sebenarnya kak rus buat 2 saiz acuan,yang ini gambar kek kak rus guna acuan muffin......yang separuh adunan lagi kak rus guna acuan lagi kecil....tak sempat nak ambil gambar.....habis licin...heheheheeee.....



180 gm. Butter
180 gm. gula castor
2 biji telur A
250 gm. tepung gandum*
1 st. baking powder*
1/2 st. Bicarbonate of Soda*
2 biji pisang dilecek(kak rus guna pisang raja)
50 gm krim putar/ plain yogurt
1/2 tsp. esen vanilla
2 sb serbuk koko

1. Panaskan ketuhar dan sediakan acuan cupcake,ayak bahan bertanda*

2.Pukul butter ngan gula 3 minit lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji ngan esen vanilla kemudian masukkan krim putar..Kacau sebati.

3.Masukkan tepung dan kacau lagi kemudian adunan dibahagi 2.1 bahagian dimasukkan pisang dan satu lagi dimasukkan serbuk koko.

4.Sudukan adunan bersebelahan di dalam acuan yang dialas dengan kertas cupcake kemudian swirlkan dengan lidi atau besi tester cake.

5.Bakar hingga masak lebih kurang 25 minit-30 minit




Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net