Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Mar-2011 04:30 Email | Share | Bookmark
Betulkah Sihat Pau niii.....

 
 
Buat pau.....dikatakan Pau Sihat pasal menggunakan tepung wholemeal.Rasanya yang sihatnya tuuu... kat luar sahaja, yang dalamnya...intinya tak berapa digalakkan makan pasal menggunakan kaya yang begitu lazat rasanya.Kak rus menggunakan kaya yang dijual di dalam tin susu.....heheheheeeee....beli kat kedai mamak dekat rumah kak rus.Kaya tin susu tu memang sedap tak boleh lawan dengan kaya-kaya lain yang kak rus pernah makan.Kaya itu juga harum,pekat dan amat sesuai untuk dijadikan inti....apapun memang kaya tu sedap dari dulu hingga la niiii.....



300 gm tepung wholemeal
50 gm tepung pau(kak rus guna tepung Hong Kong pasal stock nak luput)
3-4 gm yeast
50 gm gula (boleh dikurangkan)
30 gm myk jagung/minyak masak
1/2 tsp ovalette
1/2 tsp bread softener
135-140 gm air

Gaulkan tepung,yeast dan gula.Bila sebati masukkan bread softener dan ovelette terus gaul lagi.
Masukkan air yang dicampur dengan minyak sikit-sikit dan terus menguli sampai sebati dan kenyal.
Biarkan dough selama lebih kurang 20 minit.Tumbuk-tumbukkan dough dan bahagikan kepada 12-14 ketulan dan masukkan inti...sebarang inti pilihan.
Rehat ketulan pau yang dibulatkan tu selama lebih kurang 25 minit.Kukuskan pau selama lebih kurang 10 minit.(Kukusan terlebih dahulu disediakan dengan memanaskan/didihkan airnya)
Biarkan pau di dalam kukusan 5-10 minit sebelum dibuka penutupnya yakni selepas api ditutupkan.


Untuk hidangan hari ini kak rus buat gulai ketam dengan nanas.....lama betul tak hidangkannya untuk seisi keluarga.Selain gulai ketam kak rus buat sayur goreng kacang panjang ngan telur dan goreng ikan terubuk fresh .Ikan terubuk tu beli kat pasar Khamis.....huhuhuhu......kak rus tak jamah pun ketam tu,cuma makan kuah saja....ikut cakap doktor,segala seafood tak boleh makan tapi udang kak rus hentam juga.....





Assalamualaikum........Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net