Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Mar-2011 12:30 Email | Share | Bookmark
Three Sisters Pula Nak Mai......

 
 
Hai,hai...hai..... seronoknya drama Korea dari channel 393.La ni tengah dok gubra tengok cerita Two Wives ,Love You Thousand Times dan My Ex and The Neighbour. Dah diiklankan drama Three Sisters dan Midas pula nak ditayangkan..... hehehehe.... ,mesti seronok cerita ni.Drama lain yang mesti kak rus tonton ialah drama Daughters-In-Law dan A Woman's Choice....heheheheheeeeee... dari channel 391..... .

Cuba dengar lagu ni,lagu dari drama Two Wives.......amboi sedapnya walaupun tak tau apa Jo Kwan Woo kata.....sedap sungguh suaranya...heheheheheeeeee.Bukan lagu I"m Sorry saja malah lagu-lagu yang lain...




Hari Jumaat lalu sebelum balik dari ngaji kitab, Datin bagi buah munggai....atau kacang kelor.Tidak menghampakan Datin, kak rus ambil 4 batang sahaja pasal orang kata buah munggai ni boleh menyebabkan urat sarap sengal-sengal.Urat sarap kak rus memanglah bukan dawai....heheheheeee....sentiasa lenguh dan sengal-sengal.Jadi semalam kak rus menggulaikannya macam kari daging tapi dimasukkan kacang dhal dan dipecahkan telur.Kak rus pun silap .....pecah telur sampai 2 biji.Seeloknya pecah sebiji pun dah molek dah kari tu....bila pecah sampai 2 biji kari tu jadi pekat tapi memang sedap.Sesetengah orang menggulaikanya secara biasa iaitu kari parpu pecah telur.Kak rus lebih gemar kari munggai macam kari daging......pagi tadi ada lebihan sikit kari munggai tu,kak rus cicah dengan roti wholemeal bakar ....oooiii ...sedapnya.....



Hari Khamis sebelum nak pi ngaji kak rus buat kek pisang lagi....pisang tak putus-putus.Kali ni buat macam muffin dan isikan dalam cupcake yang kecil dan kak rus hias dengan macam-macam hiasan....boleh tahan juga rasanya...gebu bukan main lagi...heheheheheheheheee.....Buat makan-makan dengan kawan-kawan selepas selesai ngaji di rumah Datin



Kek Pisang All In One
4-5 biji pisang dilecek(kak rus guna pisang raja)
100 gm gula caster
180 gm tepung gandum
2 sb susu tepung
2 st baking powder
1/2 st baking soda
1 st ovalette
3 biji telur A
120 ml minyak jagung/butter cair
secubit garam
Kesemua bahan dicampur dan dimesin laju dalam mixer sampai gebu.
Isikan dalam piping beg dan picitkan masuk ke dalam acuan beralas cupcake papers.Hiaskan dengan apa-apa hiasan pilihan seperti hirisan pisang,chocolate rice,badam cincang,badan keping ,pinenut dll..
Bakar 20-25 minit.


Tergoda pula kak rus dengan teknik icing meruffles kek macam di sini






Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net