Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Mar-2011 10:00 Email | Share | Bookmark
Tak Semekar Yang Diangankan.....

 
Kak rus bertungkus-lumus buat Apam Snow White petang semalam......teringin nak buat bila masuk rumah Bdaria.....TQ Bdria dengan resepi tak payah guna tapai nasi.Kak rus ingin mencuba resepi itu pula.....tapi rasa agak kecewa pasal apabila menunggu outputnya...........huhuhuhu....tak semekar yang kak rus harapkan.Texturenya kenyal dan lembut,rasanya pun sedap....tapi tak mau mekar....hairan sungguh kak rus. Lain kali nak try resepi yang sama tapi nak try pangkahkan atasnya dengan spatula disapu minyak macam buat apom keledek....resepi Madiha.....hehehehehe...Berusaha....berusaha dan berusaha. ...........macam Yoo-rin kata heheheheheeeee



Bahan-bahannya:- Dari rumah Bdaria

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir(boleh dikurangkan)
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-caranya:-

1. Masukkan semua bahan di atas kecuali nasi dan air ke dalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar

2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.

3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi ke dalam bekas tepung dan sebatikan.

4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.

5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.

6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.

7..Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kuat.

8.Sejukkan,keluarkan dari acuan dan dihidangkan dengan kelapa parut putih gaul dengan sedikit garam halus




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net