Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Mar-2011 12:33 Email | Share | Bookmark
Sampai Dapat Yang Terbaik

 
Kak rus mencuba Cream Puff dari resepi Excellent Chef AFC.....tapi rasanya masih tak puas hati dari segi rupanya.Rasa cream puff tu memang amat kak rus bangga....sedap sangat.Dulu selepas balik dari Mekah kak rus pernah buat sekali tapi mana letak resepinya pun entah......hilang pulak. Resepi tu memang marvellous....tapi sebenarnya banyak resepi Cream Puff ni boleh diperolehi di blogs kawan-kawan .Nantilah kak rus akan mencuba lagi....pasal sebenarnya kak rus dah jatuh cinta dengan Cream Puff ni...heheheheheeee....suka sangat. Bukan susah pun nak membuatnya malah rasanya memang sedap.Tak jemu kak rus dan ahli keluarga menjamahnya.

Kak rus buat cream puff tu pada malam Jumaat....sebab nak bawa pi ngaji kitab.Pagi Jumaatnya selepas sembahyang subuh kak rus mengodak intinya juga dari resepi Excellent Chef....sedap sangat dan bertambah sedap bila kak rus tambahkan cream jagung. Rasanya kak rus akan mencuba lagi sampai puas hati...



Cream Puff

100 gm butter
170 gm air
120 gm tepung gandum/tepung roti/tepung naik sendiri(kak rus tambah jadi 140 gm)
250 gm telur (anggaran 4 biji telur saiz A)
sedikit vanilla,gula dan garam(kak rus tambah)

Didihkan air bersama butter,garam,gula dan vanila.Perlahankan api.Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.

Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.Adun hingga sebati.

Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya.Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.

Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air....bakar hingga masak.
Peringatan:Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu .

Intinya
415 ml susu segar
5 biji kuning telur (kak rus guna 3 shj)
25 gm tepung jagung (kak rus guna tepung kastad)
100 gm gula (kak rus guna 60gm shj)
2-3 sudu makan cream jagung
sedikit vanilla

Pukul sebentar telur kuning dengan gula dan masukkan semua bahan kecuali cream jagung,tapiskan.Kacau atas api hingga separuh pekat dan masukkan jagung cream.Terus mengacau bater ini sehingga pekat dan berkilat.Sejukkan dan boleh dipaipkan ke dalam puff.



Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net