Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Mar-2011 08:00 Email | Share | Bookmark
Buat Lagi Cream Puff......

 
 
Tak puas hati dengan output cream puff hari tu....semalam kak rus buat lagi cream puff.Kali ini ikut resepi Cikgu Zana......wow menggoda habis tapi Zana kak rus masih lagi tak puas hati ......eeeee geram betul.... Pasal apa lah kak rus tak lebihkan telur tu.....Kalau ikut resepi tu, Zana menggunakan 4 biji telur dan kak rus memang guna 4 biji telur tapi yang bersaiz kecil....huhuhuhu.Tak mengapa kak rus akan mencuba lagi sebab kuih ni memang sedap.... Kak rus puas hati dengan bentuknya yang lebih cermat semasa kak rus paipkan adunan tu.Ini semuanya pasal kak rus mengkaji semua resepi cream puff di blog kawan-kawan dengan info membuatnya dengan lebih terperinci.Terima Kasih semuaaaaa....


Resepi daripada Cikgu Zana....TQ very much


CREAM PUFF
(Sumber : Sweetlilly Kitchen)
Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm tepung gandum red ross (kita guna gandum biasa aje cap sauh)
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanilla

Caranya:
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelegak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan ke dalam mesin adunan, campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati masukkan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh.
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Sebelum bakar kak rus spray dulu air di permukaan cream puff tu.
8. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)


Pagi ni, kak rus buat mee goreng.....guna Indomee...heheheheheeee





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net