Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Mar-2011 10:30 Email | Share | Bookmark
Enjut-Enjut Siput......Air Pasang Dalam...

 
Semalam selepas kak rus buat nasi goreng....entah macam mana berkobar-kobar keinginan kak rus nak buat kuih siput....heheheheeee.Selalunya teringin nak buat masa dekat-dekat raya....tapi tak buat pun cuma beli saja daripada kawan-kawan.Semuanya pasal bila selongkar cari acuan kek terjumpa acuan membuat kuih siput.Kak rus pun hairan bila masa yang kak rus membeli acuan tersebut....heheheheheheee.

Bila buat kuih siput teringat kak rus masa remaja dulu.Di kampung kak rus ,ada seorang jiran yang baik sangat (semua jiran sekampung kak rus baik-baik dan erat belaka)-namanya Mami Remah suaminya Mamu Majid Spring.Kak rus kalau ada kelapangan akan selalu ke rumah Mami Remah membantunya membuat kuih siput.Mami Remah seorang yang rajin membuat berbagai-bagai kuih kudapan untuk diletakkan di kedai ayah kak rus.Selain dijual di kedai kuih-kuih tersebut juga akan dibawa oleh anaknya Allahyarham Norbi ke sekolah untuk dijual kepada rakan-rakan di sekolah.Selain kuih siput pedas mami juga akan membuat kiuh siput manis,bepang kacang,kacang goreng,kuih kapal terbang,sagon,kuih gunting pedas dan macam-macam lagi.Mami juga seorang yang aktif dan yang paling kak rus seronok mami Remah selalu akan membuat aktiviti rombongan macam Cik Kiah....ke Kuala Lumpur,Padang Besar,Pantai Merdeka,Singapura dll.Seronok teringat nostalgia hidup di kampung Pengkalan Lebai Man.....



Resipinya

5 cwn tepung gandum
1 biji telur
60 gm majerin
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
3 sb serbuk cili*
4 sb udang kering*
2 st jintan putih*
2 st biji ketumbar*
1 peket serbuk santan
garam dan gula secukupnya
sedikit perasa ikan bilis/ayam
5 tangkai daun kari di cincang halus
kak rus tambah 1 sb mayonis
air secukupnya
Kisar bahan bertanda* dengan sedikit air kemudian adun tepung dan bahan kisaran tersebut....kak rus guna mixer pengadun roti.Masukkan perasa ayam/ikan bilis,garam,gula,daun kari,serbuk santan,majerin dan mayonis.....uli sebati dengan secukupnya air.Kemudian biarkan seketika supaya tepung menjadi.
Cubit sedikit adunan,penyetkan di acuan dan gulung menjadi siput.Buatlah hingga selesai kemudian digoreng minyak banyak.


Ini nasi goreng yang kak rus pekena sebagai breakfast semalam....pagi ni pekena roti telur....suami kak rus beli ...heheheheheeeee....





Peringatan:Kilang Mikasa di Kulim akan buat sales pinggan mangkuk
pada 1-3 hb April niiiii....jangan lepas peluang...hehehehe...
Kilang Mikasa 04-4892193



Assalamualaikum...dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net