Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Apr-2011 16:20 Email | Share | Bookmark
Doughnut Hong Kong Yang Harum

 
Tepung Hong Kong masih ada lagi.......kak rus teringat samada nak buat pau atau doughnut.Keputusan selera kak rus rasanya buat doughnutlah sebab dah lama juga tak buat dan tak makan doughnut.Hehehehehe......rupanya doughnut daripada tepung Hong Kong memang sedap,lembut dan harum baunya.
Kali ni kak rus tidak terap dengan acuan doughnut tapi terap menggunakan gelas kecil yang comel hadiah pemberian anak murid kak rus semasa Majlis Persaraan kak rus tahun 2009.Garispusat gelas comel tu cuma 2 inci sahaja....pasti jadi comel doughnut tu nanti.Memang pun comel,boleh masuk terus sebiji doughnut tu ke dalam mulut.Separuh doughnut tu kak rus goreng separuh masak untuk didinginbekukan dan boleh dihidang di lain hari.Sambil nonton cerita Korea Love You 1000 Times.....rupa-rupanya dah 6 biji doughnut kak rus dah bedal.Sebelum makan doughnut tu kak rus ketuk-ketuk dulu supaya gula di doughnut tu tertanggal.....hehehehehe...memang doughnut ni sedap....



Resepinya

1 cwn tepung gandum
3/4 cwn tepung Hong Kong
5 sb susu tepung
100-120 ml air suam
1 sb gula
2 st yeast segera
3 sb minyak jagung
1 biji telur
1/4 st garam

Adun ke semua bahan dan uli sebati.Kak rus guna mixer pengadun roti.
Adunan ini ditutup dan diperap lebih kurang 40 minit.
Canai adunan dan kak rus terap dengan gelas comel tu dan biarkan bertutup dengan kain selama 10-15 minit.
Pijarkan minyak dan ambil satu demi satu adunan doughnut buat lubang dengan jari dan goreng dengan api sederhana.
Bila doughnut menjadi keemasan angkat dan toskan kemudian digolek ke dalam gula icing atau gula caster.


Ini pula bihun goreng untuk breakfast pagi tadi....





Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net