Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Apr-2011 01:05 Email | Share | Bookmark
Buat Lagi Apam Tapai Pulut

 
 
Tak puas hati dengan output apam tapai yang mekar hari tu,hari ini kak rus buat lagi.Hahahaha....kali ini memang puas hati walaupun senyumnya tak semekar yang dulu.Rasanya sedap tak rasa payau macam yang lalu.Syukur Alhamdulillah kerana berjaya juga akhirnya dengan membuat olahan semula resepi-resepi yang dicuba terdahulu.
Kak rus tak perap pun adunan tu semalaman cuma lebih kurang 3 jam sahaja.Kak rus adun pada pukul 8.30 pagi dan pada pukul 12.00 tgh kak rus kukuskan.Masih menggunakan tapai pulut yang kak rus beli(kak rus beli tapai ni kat kafetaria HSAH) dan kak rus tambah setengah cawan nasi yang disejukkan.Kali ini kak rus ketepikan penggunaan Eno........sebab inilah mungkin penyebab apam tu terasa payau.



Resepinya- 25-28 biji
1 cwn tapai pulut*
2 1/2 cwn air*
3/4 cwn gula*(kak rus guna gula caster)
1/2 cwn nasi yang disejukkan
200 gm tepung beras
50 gm tepung gandum
1/2 st yeast segera
1/2 st double action baking powder

1. Mesin bahan yang bertanda* kemudian tapis.Air tapisan ini digunakan untuk mesin nasi sampai betul-betul halus.

2. Adunkan tepung beras,tepung gandum dan yeast dengan nasi yang dimesin tadi.Perapkan lebih kurang 3-4 jam.

3.Panaskan pengukus dan acuan lompang.

4.Adunan yang diperap tadi dicampurkan dengan double action baking powder dan biarkan lagi 10 minit.

5.Tuang adunan ke dalam acuan lompang dan kukus 15-20 minit.Kak rus masukkan ke semua adunan itu dengan pewarna kuning......bila dah tinggal separuh kak rus masukkan pula adunan yang bewarna kuning tu dengan pewarna hijau dan sedikit paste pandan.

6.Sejukkan dan hidanglah apam ini dengan kelapa parut putih yang dicampur sedikit garam.


Sebelum kak rus adun apam tu....kak rus goreng bihun ni...heheheheeee....bihun lada yang sarat dengan sayur-sayuran.....





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net