Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Apr-2011 12:15 Email | Share | Bookmark
Alahai.....Apa Pun Tiada

 
Selepas hampir seminggu balik dari Melaka,kak rus belum berkesempatan untuk ke pasar....malas betul rasanya.Dalam peti ais ada isi ikan lebihan buat laksa asam hari tu.Laksa halus masih ada beserta bahan-bahan yang lain untuk memenuhi keinginan kak rus nak makan Laksa Siam....heheheheheeee
Jadi hari ini kak rus buat Laksa Siam.Hmmmm....sedap sungguh rasanya keenakan Laksa Siam nii......resepi daripada Amy Beh.Ulamannya seperti daun pudina dan daun selasih kak rus ambil dari taman kak rus...bukan kebun yaaaa.....Bunga kantan,serai dan daun limau purut pemberian Kak Nab yang kak rus dinginbekukan.Kacang panjang dan timun ada dan boleh digunapakai tersorok dalam petiais...heheheheee.....


Kuah Laksa Siam

1 kg ikan diproses utk nak buat kuah laksalah kan.
15-20 tangkai cili kering digunting dan direbus *
2 sudu besar udang kering direndam *
2 sudu besar biji ketumbar direndam *
4 biji bwg besar *
3 ulas bwg putih *
1 inci lengkuas dihiris nipis *
1-2 inci kunyit hidup *
sedikit belacan *
6 biji buah keras*
4 btg serai diketuk
10 helai daun limau purut
2 btg bunga kantan
2 sudu besar sos ikan
6 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit minyak utk tumisan
santan secukupnya kak rus guna santan kotak 250 ml cap ayam ktk hijau
air rebusan ikan

Cara membuatnya
1.Mesin semua bahan bertanda* tumis engan sedikit minyak
2.Bila harum dan naik minyak masukkan air rebusan ikan,isi ikan, santan, asam ,
keping,daun limau purut,sos ikan,garam,bunga kantan yg dibelah 4.
3.Bila masak hidangkan dgn laksa dan dihias dengan ulam-ulaman laksa spt
timun,bawang besar,cili,cili api,telur dan daun ulam pilihan.





Assalamualaikum.....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net