Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-Apr-2011 09:23 Email | Share | Bookmark
Teringin Juga Nak Membuatnya....

 
Bila masuk rumah kawan-kawan lain,rupanya dah ramai yang mencuba Kek Gulungan Kasih.Alahai.....kak rus pun macam suri yang lain dan teramat ingin membuatnya...heheheheheeeeeeeee Jadi ke tak jadi jangan dipersoalkan...mesti mencubanya walaupun kak rus rasa kek tu bukan boleh kak rus makan pasal rasa manisnya pada tahap tinggi.
Semalam, bila menyemak bahan kak rus dapati semuanya ada belaka....cuma ovelette pula tinggal tak sampai 2 sudu teh....hentamlah Labu...heheheheeee.... .
Kemungkinan pasal tak cukup ovelette lah kot,kak rus rasa kek tu macam keras dan tak gebu....tapi masih boleh digulung....Alhamdulillah.



Kak rus ambil resepi dari blog Cikgu Zana....TQ semua Dayang Jack,Mamasya,Madiha dll.

Kek Gulung Kasih
(Sumber: Dapurku Sayang)
bahan-bahan :

* 70 g tepung gandum (diayak)
* 1 sudu besar susu tepung
* 3 biji telur A
* 60 g gula kastor
* 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 sudu kecil ovalette
* Pewarna merah, hijau dan kuning


cara-cara :

1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
9. Gulung kek dengan kemas.
10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net