Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Apr-2011 03:04 Email | Share | Bookmark
Lunch Dengan Roti Sosej Sahaja.....

 
Malas bebenar kak rus nak memasak hari ini dan hari-hari yang seterusnya.....pasal kak rus tinggal berdua dengan anak lelaki sulung kak rus.Suami pula tak dak ,dah berangkat ke Libya semalam dengan 4 rakannya dari Mercy Malaysia.Huhuhuhuuuu....memang malas nak masak.Sunyi pulak rasanya.
Tadi pagi kak rus ke HSAH lagi....pi ambil ubat.Yang bingitkan kepala dengan hospital ni ialah tempat parking kereta.Puas kak rus pusing....mmmmhhh tak dak satu pun tempat parking.Kereta sesak sampai ke luar hospital.Bukan tak pernah datang kat hospital ni....saban bulan pasti kak rus akan ke hospital kadang-kadang satu bulan sampai dua,tiga kali.Hairan betul dengan kerenah tuan punya kereta,letak kereta entah apa-apa.Tempat tak boleh park pun letak juga.Maklumlah tak akan disaman di sini.Satu hari pernah kak rus pulang dari hospital ikut jalan belakang.Ada hamba Allah mana ka parked kereta macam tak ngaji sekolah-tak dak akal....macam jalan kat HSAH tu dia punya.Dek sempit sangat jalan tu dan tak boleh lalu atau U-turn kak rus terpaksa berundur di celah-celah 2 barisan kereta yang diparked di kiri kanan jalan....berpatah balik ikut jalan hadapan pula......hai seksa betul laaaaa....
Pusing pi pusing mai terjumpa 1 tempat kosong nun dekat flat staff hospital....jalan kakilah jawabnya.....huhuhuhu.Bila sampai dekat kaunter nombor giliran, rasa penatlah pula tapiiiii....syukur sebab queue tak panjang,kalau tidak berderet-deret macam nak beli tiket lawan bola heheheheee........
Sambil berbaris kak rus dok teringat....hai pukul berapa nak balik ni...?Apa jadi kat adunan roti yang kak rus perapkan sebelum kak rus datang ke hospital.Hentamlah Labu...heheheheheeee.....
Sampai rumah pukul 12.30 tgh....apa lagi terus membakeri roti sosej pula.Lega siap roti tu untuk kak rus buat makan tengahari.Hahahahahaaaaaa......makan tengahari dengan secawan teh Boh perasa mangga....nyaman rasanya teh perasa mangga tu tapi harganya mahal bukan main lagi.Tak pa....habis teh tu kak rus nak beli jenama Lipton pula pasal kak rus ternampak Lipton pun ada teh berperisa ni dan harganya lebih murah.



Resepinya....biasa sahaja
260 ml air
1 biji telur
50 gm butter
500 gm tepung roti diayak
1 peket yeast
100 gm gula
1 st garam
sosej secukupnya
sayur campur secukupnya
cili sos dan mayonnaise
parutan cheese(kak rus tak boh pun tak dak)

Kak rus adunkan semuanya sekali pakai mixer dengan pengadun roti.Lepas tu perapkan sampai naik berganda kurang
lebih 1 jam.
Lepas tu proseslah buat roti sosej tu....bakar.....nak sedap tabur keju sikit atasnya sebelum bakar.Makan panas-panas memang sedap.




Assalamualaikum...dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net