Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Jun-2011 06:30 Email | Share | Bookmark
Tak Dapat Nak Melupakan.....

 
 
 
Sekali-kali kak rus tak akan dapat melupakan percutian 6 hari 4 malam kak rus ke Korea. Tambahan pula percutian itu berlangsung semasa musim bunga yang sungguh mengasyikkan kak rus.Selain itu percutian tersebut juga dapat menambahkan pengalaman kak rus....pengalaman yang sungguh menyeronokkan malah kak rus sungguh berbesar hati kerana kak rus dapat berkenalan dengan ramai kawan baru.
Yang paling best pasal kak rus dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kak rus dengan emak saudara kak rus....hehehehe....kerana tanpa disangka-sangka Mak Chag Rosnani yang tinggal di Taman Intan pun pergi makan angin dengan kumpulan tersebut.......
Bukan itu sahaja malah bekas cikgu kak rus, cikgu Asmar Dalimi yang pernah mengajar Sains semasa kak rus di tingkatan 4 pun pergi juga........hahahahahaaaa......
Kak rus nak paparkan gambar bunga-bungaan yang kak rus sempat rakamkan....tapi sebenarnya ketika itu (5 hingga 10 Mei) adalah merupakan penghujung musim bunga.Seeloknya kalau nak melihat bunga sakura berkembang kena pergi ke Korea lebih awal....kak rus rasa elok pergi seminggu awal dari tarikh tersebut......huhuhuhu...







Kak rus bergambar dengan jurugambar khas kumpulan rombongan kami Mr.Mikki dan gambar di bawahnya ialah gambar Mak Chag Rosnani (bertudung biru) bersama Cikgu Asmar Dalimi (bertudung kelabu).


Apa yang kak rus masak hari niiii.....?Ni haaaa.......Terung masak sambal udang kering.....memang sungguh sedap.



Resepinya
3 biji terung separa panjang disiat kulit berselang dan dibelah 4
3 biji cili merah segar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 potong halia*
2 sudu besar udang kering di rendam*
sedikit belacan*
1 biji bawang besar dibelah membulat
sedikit air limau kasturi (kak rus guna serbuk limau nipis)
sedikit gula dan serbuk perasa ayam
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
1. Kisar bahan bertanda*(kak rus tumbuk supaya cili tu nampak kasar-kasar sikit)
2.Pijarkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik baunya kemudian masukkan terung dan kacau.Tutupkan periuk sekejap dengan api sederhana.
3.Masukkan sedikit air dan biarkan terung menjadi empuk baru masukkan air limau,gula,perasa ayam dan akhir sekali masukkan bawang besar.
4.Kalau nak lagi umph.....masukkan sedikit sos ikan. Rasa asam garamnya,kacau sebati dan boleh dihidangkan.




Assalamualaikum dan ....Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net