Want your
own Fotopage?







 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 24-Jun-2011 16:04 Email | Share | Bookmark
Teringin Nak Dapatkan Acuan ni.....

 
 
Lama dah kak rus berusaha mencari acuan muffin sebegini tapi tak jumpa-jumpa lagi.Boleh ke sesiapa membantu kak rus memberitahu di mana nak dapatkan acuan ni......?Kak rus berusaha mencari gambarnya bila dah lama berkenan.Mula-mula ternampak dalam iklan ayam Kenny Rogers........dan rata kedai dah masuk untuk mencarinya tapi sampai kini belum ketemu....heheheheheeee.....

Kalau ikut dalam iklan yang kak rus perolehi acuan ni dari Fat Daddio dengan harga
US $18.95.Diperbuat daripada tin atau aluminiam kalau non stick lagi mahal harganya.




Apa kak rus masak ya hari ni........?Sesuatu percubaan yang di luar jangkaan kak rus sendiri....hehehehe....macam mana pun tak tahu kak rus gagahi juga diri membuat putu mayam......alahai dah teringin nak buat macam mana....?Tak susah mana pun bila dah try............heheheheheheeeeeeeeeeee......Putu mayam ni kak rus buat makan dengan Sothi Ayam....teringin nak buat bila tengok Donna Dooher dengan rancangan The Cookworks di AFC.Syok juga tengok orang putih dok menekan acuan buat putu mayam ni....heheheheheeeee.....



Resepinya dari buku Dari Dapur Zarina

1 cwn tepung beras
1 cwn air panas + 1/2 st garam

1. Tepung beras dibalut dengan kain lalu dikukus selama 20 minit. Sejukkan sedikit baru dibancuh menggunakan senduk dengan air panas lalu diuli.

2.Panaskan periuk kukusan dan letakkan penapis buluh yang dilapik dengan sehelai kain.Paipkan adunan dengan acuan putu mayam secara berpusing-pusing sebesar
piring cawan teh.Buatlah tiga biji dengan jarak sepatutnya.Kak rus menggunakan acuan muruku.

3.Kukus selama 5-10 minit -angkat dan terus mengulang membuatnya sehingga selesai.

4.Putu mayam sedap dihidangkan dengan gula merah dan kelapa atau dengan kari.Kak rus hidangkan dengan Sothi Ayam.





Assalamualaikum dan........Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net