Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 2-Jul-2011 09:20 Email | Share | Bookmark
Cucug Kodok VS Brownies.......

 
 
Pagi semalam,ada pisang emas dah ranum.....apalagi terus lecek dan buat cucug kodok lagi.Sekejap saja hidang .....tengok-tengok dah selesai.Walaupun ada lebihan 2,3 cucuk
yang melangsaikannya ialah kak rus heheheheheeeeee...... memang suka sungguh cucug kodok.Kalau ada kari atau sambal tumis pasti lagi leka mencicahnya.....sedar-sedar dah habis........heheheheee......cayalah cucug kodok oiiii....





Bila masuk dan tinjau-tinjau dapur Jasmeen teringin pulak nak buat brownies ni.....
Sebenarnya dah beberapa kali ingin mencuba tapi tertangguh-tangguh memikirkan siapa nak perabis.....brownies ni bukannya cucug kodok.....hahahahaaaaa.
Tapi bila mendapat sms daripada kawan lama kak rus kata dia nak buat jamuan masuk rumah baru lantas teringat brownies ni lah yang akan kak rus cuba.
Tapi bila dah siap rasa tak puas hati pula pasal nampak macam terlebih gelap huhuhu.......



MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber : Cilok dari FP Jasmeen (TQ bebanyakk Meen.. sedap sangat bronis ni.. )
Bahan2 Choc Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kastor
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Bahan2 Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor (MaDiHa kurangkan jadi 2/3 cawan shj)
1 biji telur - gred B
1 tablespoon tepong jagung (MaDiHa tambah)

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven (MaDiHa guna 175C)
7- Alas loyang saiz 10" x 10" dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tunggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masukkan gula & tepong jagung > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20 min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese & lorekkan ikut kreativiti masing2.
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...

Resepi dah dibaikpulih bila pi dapur lama Madiha.....TQ Jasmeen dan Madiha





Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net