Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Jul-2011 09:20 Email | Share | Bookmark
Cuba Anak Sotong Kurita

Selalu kalau buat sambal sotong mesti samada sotong biasa,sotong kering atau sotong kembang.Kali ini kak rus mencuba anak sotong kurita......puas hati.... memang sedap.Lembut........dan janggutnya tak keras , cantik macam bunga hahahaha....



Sambal tumis ni hidangan rakyat seMalaysia.....semua rakyat Malaysia pandai memasaknya........kak rus cuba resepi ni......

* 8-10 ekor anak sotong kurita (dibersihkan dan dipotong )
* 1/2 labu bawang besar *
* 2 ulas bawang putih *
* sehiris halia*
* 10-15 tangkai cili kering digunting,dibasuh dan direbus*
* 1/2 inci belacan bakar *
* 2 st minyak masak*
* 2 sudu makan sos cili
* 2 sudu makan air asam jawa(kak rus guna serbuk limau nipis)
* 1 sudu makan sos tiram/ 1/2 kiub perasa ayam
* 1 labu bawang besar (dipotong membulat)
* 2 st sos ikan (optional)
* garam dan gula ikut rasa
* secukupnya minyak untuk tumisan.

1. Rebus sotong separuh masak dengan sedikit air dan tuskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan air rebusan sotong dan sedikit minyak.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
5. Masukkan sotong, , bawang besar dan jair asam jawa. Biarkan mendidih dengan api sederhana.
6.Tunggu sampai pecah minyaknya dan bolehlah dihidangkan.


Nikmati lagu-lagu nyanyian Fairuz dari Lebanon yang menusuk jiwa nurani
dan kalbu dan ada lagu yang membuat airmata berlinangan.





Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net