Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Jul-2011 03:30 Email | Share | Bookmark
Tak Dan Nak Keras....

Teringin pula nak makan puding jagung memandangkan jagung segar yang kak rus hiris didinginbekukan dah dekat 2 bulan heheheheheeee....
Selepas membelek-belek buku resepi lama tahun 70an,terjumpalah satu resepi koleksi daripada majalah Wanita.....Puding Jagung Gula Melaka.Aaaaahhhh kena cepat-cepat buat sementara nak buat satgi penyakit M rasuk dok terus lah jagung tuuuu dalam freezer ....huhuhuhu.
Tak sempat keras betul-betul keras .....dah tak dan-dan nak potong....heheheeee...beginilah jadinya......Kak rus rasa puding jagung akan kelihatan cantik kalau dituangkan ke dalam acuan-acuan kecil tak perlu potong lagi.Kalau buat dalam bekas besar,bila dipotong akan kelihatan comot....orang Kedah kata berseghungaih.....heheheheheheeeeee




Resepinya untuk rujukan

1 cwn tepung kastard
1 cwn susu cair
1 cwn santan
1 3/4 cwn air
1 helai daun pandan
3/4 cwn gula melaka
2 sb susu pekat
1 cwn isi jagung
1 st esen vanilla
sedikit garam
1 sb mentega (kak rus tambah)

Rebus gula melaka dengan 1 3/4 cwn air dan sehelai daun pandan.
Campur semua bahan yang lain sebati kecuali mentega dan tapiskan air gula ke dalam adunan lalu dikacau atas api sampai pekat .Masukkan mentega dan kacau lagi sampai sebati dan berkilat.
Tuangkan ke dalam acuan-acuan kecil dan sejukkan sebelum dihidang.


Nikmati lagu-lagu daripada Cilla Black....




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net