Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Jul-2011 11:30 Email | Share | Bookmark
Merasmikan Acuan Idaman......

 
 
Anak kak rus dah balik dari Plymouth...... balik bercuti. Ini bermakna kak rus dah dapatlah acuan yang kak rus idamkan tuuuuuuu....heheheheeee....seronoknya.
Semalam kak rus merasmikan penggunaannya dengan membuat kek pisang terbaik dari resepi CMG.....oooi mak oooi.......memang berbaloi-baloi.Sedapnya......gebu,lembut,spongy dan lembab lagi.Terima Kasih Mat Gebu....kak rus ambil resepi dari rumahnya yang cantik menawan......





BAHAN-BAHANNYA
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovellete
150 g gula halus (kak rus kurangkan sikit pasal pisang dah manis)
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus



CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
2. Putar gula dengan ovellete hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Ini pulak perabis stok lama yang membeku dalam freezer....heheheheee Pekasam Goreng.....pun sedap mak oooiii.....



Nikmati lagu-lagu dari filem Professor yang sungguh mengasyikkan.
Kak rus ingat kak rus tonton cerita ni dengan kawan-kawan sekampung.Masa tu kak rus tkn 2......hehehehe....balik dari sekolah sessi petang,salin baju kat bilik air dan bawa beg sekolah(beg rotan tangkai satu) sekali masuk panggung.Group kami diketuai oleh Kak Bibah dan diikuti juga oleh Norbee,Syabee,Sopiah,Jon dan Aisyah....heheheheeeee.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net