Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Jul-2011 03:30 Email | Share | Bookmark
Tahlil Rumah Kak Nab

Hari ni Kak Nab jemput ke rumahnya kerana kenduri tahlil untuk arwah juga sambut puasa.Alahai dari semalam lagi kak rus dok ghoplah apalah kak rus nak buat untuk disedekahkan.Senang cerita....heheheheheeee kak rus nak mencuba puff inti durian....pasal hari tu kak Nab bagi sedikit buah durian....kak rus bekukan isinya.
Tapi semasa bersembahyang Isyak semalam juga macammana kak rus terhidu bau pulut kuning......selesai sembahyang Isyak dan sebelum kak rus nonton You Dont Know Women kak rus terus ke dapur untuk merendam pulut untuk dibuat pulut kuning heheheheh....memandangkan semalam kak rus ada buat rendang daging dan ada berlebihan.
Pagi tadi sebelum sembahyang Subuh kak rus dah memproses pulut....kena buat cepat-cepat satgi lepas sembahyang nak buat Puff Durian pula....hahahahaaaa
Pukul 9.30 pagi kak Nab dah telefon..........alahai baru selesai buat puff , tengah membasuh peralatan dan mangkuk pinggan yang diguna untuk memasak tadi.
Inilah dia puffnya.....kak rus buat ikut resepi Alex Goh....rasanya resepi ni keras sikit,seksa juga kak rus guna kekuatan tangan yang memang dah lemah sikit la ni nak perabis adunan tu....maklumlah kak rus buat sekali 2 adunan.....haaaaa ambik kau.




Kak rus lebih suka resepi yang dulu......lagi lembut dan senang nak paipkan.
Bahan Cream Puff / Pastri Choux- resepi Alex Goh
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.


Ini pula Pulut Kuning makan ngan Rendang Daging semalam yang berlebihan heheheheee



Ini resepi Rendang dari MyResepi-Melati.....Terima Kasih.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1kg daging- potong kecik-kecik
* 2 peket kecik rempah kurma
* 1/4 cawan kerisik
* 1 biji kelapa-ambik santannya (kak rus guna santan kotak)
* garam
* gula melaka / gula
* sedikit air asam jawa(kak rus guna serbuk limau nipis)
* ****BAHAN KISAR**
* 2 labu bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 5 batang serai
* 1-1/2cm halia
* 1-1/2cm lengkuas
* 15-20 biji cili kering
* ***BAHAN MAYANG ***
* 3 helai daun limau purut
* 1 helai daun kunyit

Cara-cara

1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.


Yang ni pulak Rava Thosai....buat untuk breakfast semalam....guna tepung segera Gemini.Kalau ikut resepi kat peket dia suruh tambah air ngan bawang tapi kak rus tambah lagi daun bawang ngan cili merah potong halus.Kak rus hidangkan dengan Chutney Nyiur saja tak dak Dalca.......suka sangat chutney tu resepi daripada kawan lama kak rus.....Puan Sarojini.



Chutney Kelapa
100 gm kelapa parut putih dimesin berasingan
4 - 5 tangkai cili hidup*
4 ulas bawang kecil* (kak rus guna 1/2 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1/4 cawan air*

Kisar semua bahan bertanda * di atas hingga halus.

1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan asam limau/air asam jawa

Bahan tumisan
2 ulas bawang merah dihiris halus
1 st biji sawi
2 sb minyak masak

Tumiskan bahan tumisan....kemudian masukkan bahan kisar tunggu hingga
naik minyak masukkan kelapa,daun kari,garam,gula dan air asam.Kalau kering
masukkan sedikit air.Masaklah hingga menjadi pekat.
Kalau nak buat chutney kelapa yang hijau gantikan cili merah dengan cili hijau.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net