Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-Aug-2011 02:45 Email | Share | Bookmark
Mmmmmmmmmm....Pick Up Slow Sikit

Semalam kak rus ke LifeCare Physiotherapy Center kat Jalan Sekerat....alahai pi buat treatment kat badan kak rus yang terasa amat sengal dan lenguh.Paling terasa sakit kat belikat sebelah kanan........Puas hati rasanya bila dirawat dengan cara manual dan peralatan physiotherapy di pusat tersebut.Yang best tu bila diurut oleh Miss Chiew disessi terakhir....alahai sedapnya.Selama 2 jam dirawat di situ kak rus dikenakan bayaran sebanyak RM 45.00.
Hari ini baru boleh nak masuk FP....huhuhuhu.... dah ketinggalan 3 hari.
Kak rus tak pula teringat nak ambil gambar juadah semalam dan sebelum itu tapi kak rus paparkan juadah yang berkesempatan kak rus snap.




Resepi dari rumah Rozzan....kak rus buat separuh sahaja
PULUT SERIMUKA DURIAN
Bahan-Bahan
400 gm beras pulut (masukkan ke dalam mangkuk kecil, tandakan arasnya)
1 mangkuk santan cair (gunakan mangkuk yg sama yg menyukat pulut tadi)
secubit garam
1-2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Beras pulut dibersihkan dan dikosek. Kemudian, masukkan beras pulut, santan, garam dan daun pandan ke dalam loyang bulat (saiz 9" atau 10") dan kukus selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga tanak. Alihkan pulut yg telah masak tadi ke dalam loyang lain yg telah disapu sedikit minyak di sekelilingnya. Tekan2 dan ratakan pulut tadi sehingga rata dan mampat. Tuangkan bahan serimuka ke atas pulut yg telah ditekan . Kukus selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak.

Bahan-Bahan Serimuka
2 cawan santan pekat (saya gunakan santan KARA jer; ni kerja org rajin!)
1 cawan gula pasir
4 biji telur (kocok sedikit)
4-5 ulas durian (diambil isinya dan lenyek halus)
4 sudu makan (mumbung) tepung gandum
secubit serbuk vanilli (optional)
secukup garam (kira2 1/2 sudu teh)

Cara:
Semua bahan Serimuka disatukan dan dikacau rata-rata. Tapis jika perlu.





Assalamualaikum ...dan Terima Kasih Semua..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net