Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Aug-2011 07:17 Email | Share | Bookmark
Seminggu Sudah Kita Berpuasa

Syukur alhamdulillah.....dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana sudah seminggu seluruh umat Islam di dunia berpuasa.Tapi rasa kasihan juga pada mereka yang berpuasa dalam keadaan kekurangan makanan terutamanya di negeri-negeri Afrika....tapi itu yang diketahui.
Kak rus paparkan hidangan dua tiga hari yang lalu dalam entry kali ini....nak edit entry tiap-tiap hari rasanya tak larat....heheheheheeeee.



Resepinya dari rumah Raidah...Terima Kasih....sedap sangat.
Bahan-bahan:

300g daging ~ dihiris
2 helai daun limau purut
2 batang serai ~ diketuk
Jus Asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Air

Bahan tumis:

15 biji(lebih atau kurang) cili kering(potong kemudian rebus, basuh dan toskan airnya)**
2 biji bawang besar**
4 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
1 cm lengkuas**
sedikit kunyit hidup**(kak rus tambah)
1 biji tomato**(kak rus tambah)
sedikit belacan**
1/2 sudu kecil jintan manis**
1/2 sudu kecil jintan putih**
Minyak

** Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Kemudian tumiskan semua bahan** sehingga masak. Kisar sehingga hancur bersama dengan minyaknya sekali, dijadikan pes.


Cara penyediaan:

1. Panaskan periuk dan masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga terbit minyak.
2. Masukkan air, belacan, serai dan daging. Masak sehingga daging empuk.
3. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.








Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net