Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Aug-2011 15:24 Email | Share | Bookmark
Suami Pula Masuk Wad...

Kak rus pohon ampun dan maaf di bulan mulia ini pasal dah hampir seminggu tak update fp.....huhuhu......sibuk dan rungsing memikirkan suami kak rus dah dua kali masuk wad Hospital Pantai.Alhamdulillah ...hari ini dia kelihatan ceria kerana keputusan doktor mengatakan beliau tak perlu dibedah.
Balik pukul 3.00ptg tadi terus kak rus rebah baring sekejap selepas solat zohor....lega sungguh rasanya hati kak rus.
Petang ini teringin pula nak masak buah labu comel yang kak rus beli dah seminggu....disebabkan semalam kak rus buat kari udang dengan ubi kentang jadi hari ni tak jadi buat kari lagi....kak rus buat masak lemak cili api labu dengan udang,goreng ikan pekasam dan sayur rebus petola.


Resepinya
6 biji cili api
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 hiris halia
secukupnya kunyit segar
kesemuanya dimesin dengan sedikit air
2 batang serai diketuk
santan secukupnya
1/2 biji labu kuning dipotong sesuai
udang secukupnya
garam,sedikit kiub ayam dan sedikit air perahan limau
Masak bahan kisar sekejap dengan serai kemudian masukkan labu dan sedikit air.
Bila labu dah separuh masak masukkan udang,santan,garam,kiub ayam....sesuaikan
kepekatannya dan masak lagi dengan api perlahan jangan sampai pecah minyak.
Akhirnya masukkan air perahan limau atau sekeping asam keping....sesuaikan rasanya
dengan citarasa anda.


Ini saja gambar hidangan yang kak rus sempat ambil.....esok suami kak rus dibenarkan pulang ke rumah.



Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net