Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Aug-2011 03:30 Email | Share | Bookmark
Bila Telan Baru Terasa

 
Kak rus ada lebihan tembikai madu yang dihidangkan 2 hari sudah......alahai nak buat apa ya.....?Ooooh baru teringat 2 hari sebelum puasa hari tu Dr.Rodzi (jutawan pereka ubat gigi gamat) ada menjemput kak rus dan kawan-kawan ke Hotel Park Avenue kerana beliau melancarkan produk kecantikan baru Rassol-Electrolift Serum.Produk ini menggantikan penggunaan susuk emas.....heheheheeeee......Hidangan makan malam pelancaran amatlah lazatnya......dan sebagai pencuci mulut kami dihidangkan dengan aneka buah dan berakhir dengan Puding Honey Dew........sedap sekali.Kesedapan dan aroma buah tembikai madu dalam puding ini terasa selepas setiap kali kita menelannya.
Jadi semalam kak rus mereka-reka macam manalah puding yang sedap tu dibuat.Resepi yang kak rus buat ni taklah sesedap yang dihidangkan malam tuuu.



Bahan-bahan:
Agar-agar 1 paket (35gram)
Susu cair 1 tin
Gula 3 sudu besar
Susu pekat 1 cawan
Air 4 gelas
Honey dew yang telah dikisar.
sedikit pewarna hijau epal

Cara-cara membuatnya:
Masak agar-agar bersama 2 gelas air dan sehelai daun pandan.
Didihkan dan kacau hingga agar-agar larut.
Bila sudah larut, masukkan gula dan kacau lagi
Tuang susu cair, susu pekat dan pewarna. Kacau sehingga sebati.
Tuangkan honey dew yang telah dikisar dengan 2 gelas air. Kacau lagi.
Basahkan bekas yang hendak dituangkan adunan tersebut.
Tuangkan agar-agar ke dalam acuan, biarkan sejuk. Kemudian masukkan dalam peti ais.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net