Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Aug-2011 01:14 Email | Share | Bookmark
Sedapnya Lai Chee Kang

 
 
 
Panas-panas gini terasa pula tekak kak rus nak makan Lai Chee Kang.Bahan-bahan untuk membuatnya dah lama dibeli sejak sebelum puasa lagi....heheheheeee.Semalam kak rus bertekad untuk membuatnya dan pagi-pagi lagi kak rus dah merendam getah anggur,buah kembang semangkok dan biji selasih.Kak rus juga merebus biji teratai dan memanggang kacang tanah tanpa kulit untuk dicampur bersama nanti.Tak lupa kak rus membuat air sirap gula kosong tanpa warna cuma masukkan gula ,air dan simpulan daun pandan.
Sedap terasa Lai Chee Kang tu bila kak rus campurkan juga dengan buah laici tin.Kak rus juga mencampurkan sedikit potongan buah halwa kundur.Terasa sedap bila menggigit buah laici dan kacang tanah.Lai Chee Kang boleh dihidang panas atau sejuk.



Untuk hidangan bersama nasi kak rus buat Kari Parpu Pecah Telur,Tumis air Petola dengan mee sua dan Acar Bersantan Jantung Pisang.Jantung pisang suami kak rus cantas dari pokok pisang tepi rumah yang tinggi melayut.....pisang awak nipah yang mengeluarkan buah setiap tahun di bulan Ramadhan....syukur alhamdulillah.



Resepi dari buku resepi lama kak rus.Buku catatan resepi tu kak rus beli di Emporium Melaka pada tahun 1974....heheheheeee....masa tu kak rus jadi guru pelatih di MPPM,Melaka.


1 biji jantung pisang (kak rus guna 1/2 biji sahaja)-dibelah 2 diikat dan direbus.
8 tangkai cabai kering*
6 ulas bawang merah*-kak rus guna 1 biji bawang besar
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 ulas bawang putih*-kak rus guna 3 ulas
2 sudu besar cuka
garam dan sedikit kiub ayam
sedikit gula
1 cwn santan
sedikit minyak untuk menumis
Jantung pisang yang direbus tadi dipotong 1 1/2 inci panjang.Bahan bertanda * dikisar halus.
Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak,masukkan santan,garam,kiub ayam,gula dan cuka.Bila mendidih masukkan jantung pisang.





Assalamualaikum...dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net