Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Aug-2011 12:51 Email | Share | Bookmark
Dah Buat Dah Biskut Raya.....

 
 
 
 
Kak rus dah buat dah empat jenis biskut raya.......heheheheeee.Buatlah ikut kegemaran isi rumah ni.......kalau tak ikut nanti biskut tu tak habis.Tahun ni berazam tak mahu beli satu pun biskut raya.....tak taulah boleh tahan ka azam niiii.....hehehehe.
Kak rus mula dua hari sudah.....buat selepas sembahyang subuh.....maknanya selepas makan sahurlah jawabnya.Nak buat waktu malam tak larat nak sengkang mata....tambah-tambah dengan keletihan selepas sembahyang Tarawih.
Biskut yang kak rus buat biasa sahaja.....tak daklah hiasan cantik menawan....tak kuasa kak rus nak kelebek nak hias elok-elok.Keinginan untuk nak hias tu ada tapi alahai....tak larat dah.Syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik dan juga memberi kesungguhan dan kerajinan untuk kak rus membuatnya.Syukur yang amat-amat.......
Alhamdulillah.



Biskut yang pertama.....Jejari Oat.....memang suka sangat biskut niiii...


Resepinya......dari rumah Mamafami katanya ambil dari Helikonia
Jejari Oats
250 gm oat
430 gm tepung gandum
230 gm gula
1 1/2 sb serbuk koko
200 gm minyak sapi
125 gm butter/marjerin
susu tepung secukupnya (lebih kurang 200gm) untuk digolek biskut selepas masak nanti.
Campur semua bahan kering kemudian diadun dengan minyak sapi dan butter.Uli menjadi satu adunan ....ambil secukupnya untuk dicanai dan diterap.Bakar bila sejuk golekkan ke dalam susu tepung dan simpan dalam bekas kedap udara

Biskut kedua.......memang tak boleh tinggal...mesti buat biskut ni...Swiss Tart



Resepinya dari kawan lama kak rus...Puan Zoaini Harun
225 gm butter
120 gula halus
1 butir telur
275 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
1 st vanilla
jem strawberry secukupnya untuk hiasan
badam cincang atau kelapa parut kering
secukupnya paper cups sebanyak lebih kurang 132 biji.
1.Pukul butter dengan gula dan vanilla,masukkan telur kemudian bahan-bahan kering.
2.Sebatikan adunan menjadi dough kemudia ambil sedikit-sedikit paipkan dengan mengunakan nozel semprit ke dalam mangkuk kertas kecil
Hias dengan jem dan badam kemudian bakar.


Biskut ketiga....biskut yang diubah suai...selalunya buat warna kuning pudar dihias dengan ceri hijau.Kali ini buat anjakan....hehehehe.....tambah strawberry emulco jadilah Kuih Semprit Strawberry.


Resepi ni kak rus dah ubahsuai.....dari majalah Her World tahun 70an.
10 oz tepung jagung
6 oz tepung gandum
1/2 st baking powder
8 oz mentega Anchor
3 biji kuning telur dipukul sebati
apa-apa bahan untuk hiasan
2 st strawberry emulco
sedikit pewarna merah
1 cwn gula icing diayak dulu
1.Pukul mentega dengan gula icing 3 minit....masukkan pewarna dan strawberry emulco.
2. Masukkan campuran tepung dan baking powder yang diayak terlebih dulu.
3.Akhir sekali baru masukkan kuning telur....adun adunan hingga sebati.
4. Ambil sedikit-sedikit untuk dipaipkan ke dalam dulang pembakar yang dilenser butter sehingga habis baru hias dengan hiasan
dan bakar hingga masak dengan api sederhana.



Biskut keempat.....biskut yang rangup dan berbau kopi walaupun namanya Biskut Cokelat Chips......bila boh kopi emulco jadilah Biskut Cokelat Cip Kopi.
Resepinya dari internet...terima kasih yang empunya ...sedap sangat
250 gm butter
50 gm gula
90 gm gula perang
2 biji telur
1 st vanilla
1 st emulco kopi/coffee oil
125 gm chocolate chips
100 gm kacang hazel yang dipanggang kemudian diketuk hancur kasar
350 tepung gandum
2 sb serbuk koko
1/2 st baking powder
1/2 st soda bicarbonate
sedikit garam halus
1. Pukul mentega bersama gula putih dan perang 3 minit,masukkan telur dan pukul sebati.
2. Masukkan vanilla dan emulco coffee kemudian masukkan semua bahan kering yang siap dicampur dengan baha-bahan yang lain.
3.Adun sebati dan sudukan dengan sudu teh....kak rus guna pembentuk buah yang bulat tu....dari Tupperware.....susun dalam dulang pembakar yang dilenser minyak dan bakar.






Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net