Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Sep-2011 12:40 Email | Share | Bookmark
Masih Lagi Berpuasa

Hari ini hari terakhir kak rus berpuasa sunat.....huhuhuhu....orang dah pun beraya kak rus masih dok puasa.Alhamdulillah kerana dah hari terakhir puasa sunat hari ini.
Semalam Mak Tuan Syarifah Asma menjemput kak rus dan kawan-kawan berbuka puasa di rumahnya.....heheheheee....macam-macam ada tapi terlupa pula kak rus nak bawa kamera.....handphone pula tertinggal....alahai......Antara juadah yang dihidangkan ialah kari nangka,ikan kering,gado-gado,bihun goreng,nasi impit dengan kuah kacang daging,pulut sama serunding dan inti kelapa manis,puding jagung dan buah betik.Kak rus ke rumahnya selepas teguk segelas air dan makan buah kurma serta bersembahyang maghrib dahulu.
Lebih kurang pukul 10.00 malam baru beredar dan Mak Tuan bekalkan pula habuan bawa balik untuk bersahur katanya.....alahai Mak Tuan....terima kasih yang tak terhingga.
Kak rus cuma nak paparkan hidangan yang sempat diambil gambar semasa berbuka sepanjang 4 hari sudah....tu pun tak semuanya....huhuhuhu..





Puding Roti Buah Cocktail
8-10 keping roti
3 cwn susu segar atau susu cair yang ditambah air
2 sb mentega
3 sb gula (boleh dikurangkan)
1 sb susu pekat
150 gm buahan cocktail dalam tin
1/2 cwn kismis hitam
1 sk vanilla
2 biji telur dipukul sebati
Lembutkan roti dengan merendamkannya ke dalam susu.Bila lembut campurkan semua bahan kecuali kismis dan cocktail.Bila sebati baru masukkan campuran buahan tersebut dan dituang ke dalam acuan yang dilenser minyak atau butter.
Bakar hingga masak.




Untuk memenuhi permintaan Baipower kak rus perturunkan resepinya.....resepi ni juga boleh buat kerabu taugeh/nangka/rebung/bunga betik dll yang sama dengannya.
Kak rus pakai campak-campak saja....heheheheheeee.....

1 biji jantung pisang saiz sederhana dibelah dua,diikat dan direbus.
1 cwn udang hidup/kerang/sotong direbus dan ditoskan
secukupnya sambal belacan yang ditumbuk dengan sedikit halia dan lada hitam
1 biji bawang besar di hiris nipis-nipis
kerisik secukupnya-lagi banyak lagi sedap
serbuk beras yang disangai (sangai beras kemudian mesin halus)
secukupnya santan pekat
air asam limau,garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kiub ayam/Pak aji
Jantung pisang yang direbus dihiris kasar dan digaul dengan semua bahan.
Rasa asam garamnya.....nak bagi cantik dan nampak tak pucat boleh tambah hirisan daun bawang,daun sup dan daun ketumbar.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net