Want your
own Fotopage?







 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Sep-2011 09:25 Email | Share | Bookmark
Dah Hampir Setahun Acuan Tu Dibeli.......

 
Minggu sudah kak rus ke KL lagi........menghantar anak kak rus balik ke UK.Kak rus masih mahu menginap di Hotel Selesa.....heheheheeeee....sebab senang nak jalan-jalan shopping kat Jalan TAR dan harganya pun berpatutan bagi kak rus dan suami yang dah bersara ni....Mulanya pi kat Hotel Frenz...kat Restoran Zam-Zam tuuuu.Bila tanya pi tanya mai.......oooohhhh....suami kak rus kata mahal.....patah balik satu round pi Hotel Selesa yang selalu jadi tempat penginapan bila pi ke KL.
Kak rus tak lepas peluang ke Sogo.Hairan sungguh kak rus pasal....setiap kali kak rus ke KL,Sogo mesti buat sales. Mula-mula terus ke bahagian pinggan-mangkuk la...apa lagi.Bila sampai bahagian peralatan kuih kak rus ternampak acuan waffles..........
eeehhhhhh........rasanya kak rus dah beli acuan ni.Memang dah hampir setahun kak rus beli tapi belum buat lagi.Ada satu lagi acuan yang kak rus berkenan tapi memandangkan acuan waffles pun tak guna lagi, kak rus batalkan hasrat nak beli acuan tu...heheheheeee.
Pagi ni tanpa fikir panjang kak rus merasmikan acuan tu bila semalam kak rus melilau-lilau di laman Foodgawker dan terjumpa resepi waffles yang mudah ni.
Inilah hasilnya.....satu waffles yang plain dan satu lagi ditambah buah blueberry yang dah lama dok membeku dalam petiais....heheheheeeee



Resepinya kak rus kurangkan penggunaan gula sebab waffles ni dihidangkan dengan madu dan ais krim jagung.
2 biji telur diasingkan dan dipukul gebu putih telurnya
1 sm gula (boleh dikurangkan)
1 cwn susu segar
6 sm mentega dan dicairkan
1 1/4 cwn tepung gandum
2 sk baking powder
1 st esen vanilla
200 gm blueberry beku
Pukul kuning telur bersama gula hingga sebati,masukkan mentega cair,susu dan vanilla.
Masukkan tepung gandum yang siap diayak dengan baking powder-kacau sebati akhir sekali masukkan telur putih yang dah dipukul gebu tadii.Kalau nak masukkan blueberry bolehlah masukkannya....kalau tak mahu pun tak ada masalah.
Tuang adunan ke dalam acuan dan masak atas dapur dengan api sederhana....alih-alihkan acuan tu.


Ini pula hidangan breakfast semalam




Assalamualaikum Semua............dan Terima Kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net