Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-Sep-2011 03:30 Email | Share | Bookmark
Tergoda Dengan Mee Ni........

 
 
Macam-macam mee dah dicuba antaranya Mee Bandung,Mee Jawa,Mee Siam,Mee Hokkien,Mee Udang,Mee Rebus,Mee Kari dan lain-lain.Bila ka rus masuk rumah Bro Rozzan kak rus rasa berkobar-kobar nak mencuba mee ni pulak....heheheheeee....Mee Betawi.Belum cuba belum tahu.....dah cuba lagi mahu........heheheheheeee....memang sedap Mee Betawi ni.Kak rus nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Bro Rozzan dari Singapura ni.....bertambahlah lagi satu resepi mee dalam himpunan koleksi masakan kak rus.Sesiapa pun boleh mencubanya.......sedap dan senang dibuat.
Kuahnya agak gelap sedikit kerana penggunaan kicap manis hinggakan anak kak rus tak percaya pada mulanya itu kuah mee yang akan dituang ke dalam mangkuk meenya....heheheheheeee....


Kak rus copy dari rumah Bro Rozzan
MEE BETAWI

Bahan-Bahan
500 gm daging lembu
350 gm udang (sederhana besarnya)
200 gm fishball (celur/kukus atau masukkan jer dlm microwave)

1 kg mee kuning (celur & toskan)
200 gm taugeh (celur & toskan)
1 peket sayur sawi (potong, asingkan btgnya dari daun lalu celur dan toskan)
200 gm kobis (hiris dan celur, toskan)
secukup daun sup/bawang
secukup cili merah/hijau (dihiris memanjang)
secukup bawang goreng
4 biji telur (didadar & dihiris halus) – optional, saya terlupa nk buat!!


Bahan Kisar
4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 sm halia
25 - 30 batang cili padi Thai (yg merah dan panjang2)kak rus guna 12 sahaja

½ cawan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan Rempah Sup
6 sudu makan sos tomato
6 sudu makan sos cili
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
kak rus tambah sos tiram dan kiub ayam
cili jeruk


Cara:
1. Daging dipotong kecil-kecil dan direbus dgn 1 liter air hingga empuk. (Saya gunakan periuk tekanan udara jer!)
2. Udang dibuang kulit dan digoreng, ketepikan. Kulitnya pula direbus sebentar dgn 400 ml air dan kemudian dikisar halus. Selepas itu, ditapis airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah sup sehingga naik baunya. Masukkan air kulit udang, serbuk lada putih/lada hitam dan kicap manis. Kacau rata-rata.
4. Bubuh pula daging yg telah direbus tadi bersama airnya. Masukkan sos cili/sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Masaklah hingga mendidih, sambil dikacau-kacau.

Cara Menhidangkan Mee Betawi


Bubuh sedikit mee kuning yg telah dicelur tadi bersama taugeh, sawi dan kobis ke dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Kemudian, taburkan dgn udang, bebola ikan, daun sup/bawang, hirisan lada merah/hijau, telur dadar dan bawang goreng.




Selepas selesai makan mee yang lazat ni kak rus pekena salad ini pulak....Salad Buahan.Terasa ingin mencubanya bila dihidangkan oleh Ummi Home Sweet Home dari Kuantan....mudah saja penyediaannya tapi pastinya berkhasiat...TQ Ummi.Buah-buahan pilihan dibasuh,dikupas dan dibelah-belah....kemudian diadunkan dengan yogurt plain atau berperisa buahan.Kak rus campur sikit biji gajus yang siap dipanggang.............mmmmmmm memang sedap dan berkhasiat.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net