Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Oct-2011 16:00 Email | Share | Bookmark
Apa Tak Kena Dengan Kek Karamel Niiii......

Keinginan untuk mencuba Kek Karamel jadi meluap-luap bila kak rus mampir ke rumah Azlita yang cantik menawan.Tertarik betul dengan kecantikan kek itu yang dibuat oleh beliau.....jadi tadi selepas selesai menyediakan hidangan untuk makan tengah hari kak rus menggodak resepi Kek Karamel yang rasanya telah dicuba oleh kawan-kawan blogger yang lain........huhuhuhu...apa yang tak kena........?Huhuhuhu......karamelnya jadi tapi keknya rasa macam mangkar saja... texturenya keras tak spongy.
Tak mengapa......kak rus akan mencuba lagi sampai kak rus berpuas hati.......!


Kek Karamel -Kak rus copy dari rumah Azlita.....Thank You Very Much Azlita
Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.



Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.



Ini Kari Ikan Kering Campur tumis darat untuk hidangan tengahari bersama Sambal Tumis Udang dengan Petai.......alahai.....


Kak rus baru dapat buku masak comel Kitchen Secrets dari Carnation dan di dalamnya ada resepi kari ikan masin yang ada kelainan sikit daripada yang selalu kak rus buat....heheheheeeeeeee....Resepinya daripada Chef Amy Beh

150-200 gm ikan masin/tulang atau kepala dipotong dan direndam air(selalunya kak rus rendam dalam air beras).
5 sm minyak
250 ml susu cair Carnation(selalunya kak rus guna santan kotak tapi taklah sampai sekotak.)
A
100 gm udang kecil
4 batang kacang panjang
1 biji terung
50 gm taufu puff-tau fu pok

B. Pes kari-diblend dengan sedikit air
10 tangkai cili kering digunting dan rendam air panas
2 tangkai cabai hidup
10 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 batang serai
sedikit belacan
1 st serbuk kunyit
2 sm serbuk ketumbar
1 1/2 sm serbuk kari ikan
2 potong lengkuas

C
1 sm asam jawa dicampur dengan 100ml air diramas dan ambil jusnya
1biji cili merah dibelah
1biji cili hijau dibelah
500ml air
garam secukup rasa
1 st serbuk kiub ikan bilis
sedikit gula
sedikit serbuk perasa(optional)

1.Panaskan minyak dan goreng ikan kering yang dibasuh dan ditos.Bila siap ketepikan
2.Dengan minyak gorengan ikan tumis pes kari (B) hingga harum dan naik minyak.
3.Masukkan udang dan terung biarkan sekejap kemudian masukkan air dan air asam jawa.Kacau dan tutupkan periuk dengan tudungnya seketika.
4.Masukkan ikan kering dan kacang panjang-biarkan mendidih.
5.Masukkan taufu puff,cabai hijau dan merah dan biarkan masak kemudian rasa asam garamnya.
6.Tutup api dan tuangkan susu Carnation dan kacau sebati.
Ini cara masakan yang dipaparkan oleh Puan Amy Beh.Selalunya kak rus buat gulai ikan kering secara tumis darat.





Assalamualaikum.......dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net