Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Oct-2011 16:30 Email | Share | Bookmark
Sedap Pula Bila Dibuat Trifle.....

 
Kek Karamel yang kak rus buat tak berganjak-ganjak saiznya....huhuhuhu.....alahai kena buat sesuatu kalau tak.....tahulah jawapannya kan....?Bila ditinjau-tinjau dalam simpanan rupanya semua bahan ada untuk kak rus buat trifle kek tuuuu...hehehehheheeee...selamat.


Puding Trifle
Resepinya
Bahan A
2 biji kek gulung(kak rus guna Kek Karamel)

Bahan B
1 cwn tepung kastard + tepung jagung (supaya tidak terlalu kuning)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 1/2 tin air(menggunakan tin susu cair tadi)
2 sb jus oren Sunquick
selebihnya jus cocktail.
sedikit gula dan garam
sedikit vanilla

Bahan C
1 peket jeli kotak(kak rus guna Jeli Nona oren)
300 ml air panas

1 tin sederhana fruit cocktail (kak rus guna cap ayam) ditapis airnya

Cara membuatnya:
1.Dadukan kek dan susun di dalam bekas kaca kemudian sudukan samarata
jus dari fruit cocktail(jangan banyak ya...sikit saja).Tutupkan dengan plastik dan sejukkan dalam petiais.

2.Sebatikan bahan B dan kacau atas api hingga masak dan agak pekat...sekiranya terlalu pekat tambahkan sedikit air panas dan kacau lagi.

3.Keluarkan bahan yang disejukkan tadi dan tuang samarata bahan B yang dah masak ke atasnya....kemudian taburkan buah cocktail samarata dan ketepikan.

4.Campurkan Bahan C dan kacau sebentar atas api hingga mendidih ,masukkan sedikit pewarna merah lalu dituang ke atas bekas tadi.Sejukkan kemudian bila dah sejuk tutupkan semula dengan plastik dan masukkan dalam peti ais.
Puding ini sedap dihidangkan sejuk dan dihiaskan dengan krim putar.





Assalamualaikum...dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net