Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 8-Oct-2011 09:15 Email | Share | Bookmark
Hari Ini Guna Lap Top Pula......

Sebenarnya dah lama nak update.....tapi komputer pulak masuk bengkel....alahai boring betul laaaa.Nasib baik suami kak rus ke KL bolehlah kak rus guna lap top dia....heheheheeee dia tak bawa pi sama lt dia....bolehlah kak rus gayut pula kalau tidak jangan harap.Jenuh juga la sebelum nak guna kena buat isian macam-macam pasal tak dak apa yang berkaitan kak rus punya.
Hari ni nak tunjuk hidangan-hidangan yang biasa saja......yang selalu dibuat oleh semua surirumah kalau ke dapur..........Cucur Udang saja....semua surirumah di Malaysia pandai membuatnya......betul tak......?



Selain Cucur Udang.......semua surirumah kak rus pasti boleh menyediakan Nasi Ayam.....betul juga kan.....?Semua rakyat Malaysia tak kira apa juga kaum menggemari kedua-dua hidangan ini.......betul lah tuuuuuu.....heheheheeee



Menggunakan resepi daripada Chef Wan.Thank Q Chef Wan....sedap sesangat.
Kak rus copy dan paste dari rumah Ummi Kuantan.....Terima Kasih banyak Ummi.

NASI AYAM CHEF WAN
Sumber: Nur @ Fiqah99

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

* 1/2 cawan marjerin (akak tukar mentega)
* 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
* 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
* 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
* 1 cm kulit kayu manis
* 4 kuntum bunga cengkih
* 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
* 4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
* 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara-Cara:-

1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dlm rice cooker tuh)

Cara menyediakan ayam:-

* 1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.

* Garam
* Lada hitam yang baru dikisar
* 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
* 2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
* 2 sudu besar kicap manis
* 3 sudu besar marjerin

Cara-Cara:-

1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.
2. Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

Bahan Sos Lada (My Style):-

* 5 - 6 biji cili merah
* 1 kiub pati ayam
* 2 biji tomato
* 2 ulas bawang putih
* garam dan gula secukup rasa
* 2 inci halia - diketuk

Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.




Assalamualaikum........dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net