Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Oct-2011 20:02 Email | Share | Bookmark
Basbousa Atau Keseri.....?

 
 
 
Kak rus terjumpa tepung suji bila menyimpan gobok....heheheeeeee.Nasib baik tak luput lagi tarikhnya.Rasa macam nak buat Keseri bila terjumpa resepi semasa simpan dan kenjah kabinet majalah Jelita yang lama.Semua majalah lama yang menyempitkan kabinet hingga tiada ruang nak simpan pinggan-mangkok......kak rus pejam mata dan jual kat apek.....surat khabar lama....surat khabar lama....huhuhuhu.
Bila tercari-cari resepi tepung suji tertonton pula rancangan Food Safari di TLC..Ada ditunjukkan cara membuat Basbousa.....resepi orang-orang Timur Tengah.....aaaah peluang mencuba dan merasa resepi baru...jadi kak rus pun mulalah membuatnya.Bila buka YouTube memang lebih kurang dengan cara membuat Keseri tapi Basbousa disiram sirap semasa masih lagi panas-panas....itulah kelainannya.Apapun kak rus terpaksa mengurangkan pengunaan gula.


Lain kali kalau buat lagi....ingat kena bakar lagi garing.Lagi garing lagi sedap rupanya.

Resepinya....kak rus buat separuh sahaja
450 gm tepung suji
60 gm tepung gandum (kak rus guna 30gm tepung dan 30 gm serbuk badam)
50 gm kelapa kering
1 cwn mentega cair
110 gm yogurt (kak rus guna thick cream)
110 gm gula (kak rus kurangkan sebab nanti nak disiramkan sirap)
secubit garam
secukupnya buah badam(kak rus guna kepingan badam)

Campurkan dan adunkan semua bahan hingga sebati menjadi satu adunan.Ratakan adunan di dalam acuan yang digris dan biarkan 30 minit-1 jam.
Potong-potongkan menyerong dan susun kepingan badam....bakar selama 40 minit.Seeloknya bakar biar garing sikit.Bila dah masak keluarkan dari oven dan siramkan sirap.

Sirap
340 gm gula
1 cwn air
2 sb air mawar
Dimasak hingga hampir pekat kemudain curahkan pada kuih yang baru diangkat dari ketuhar.


Ini pula resepi Keseri yang kak rus ambil dari majalah Jelita

400 gm suji
300 gm gula
400 gm susu pekat
100 gm minyak sapi dibahagi 2
50 gm gajus
50 gm kismis
3 biji buah pelaga ditumbuk halus
sedikit pewarna kuning
1. Goreng tepung suji bersama 1/2 bahagian minyak sapi hingga sebati dan ketepikan.
2. Tinggalkan sikit minyak sapi , goreng pula gajus dan buah kismis secara berasingan.
3.Panaskan lagi sikit minyak sapi dan masukkan serbuk buah pelaga,tepung suji,susu,gula,kismis dan sedikit pewarna kuning....kalau agak pekat masukkan sedikit air.
4.Kacau hingga adunan tidak melekat pada periuk....angkat dan ratakan dalam acuan dan aturkan buah gajus.Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.


Ini pula Pasembor.....rasanya tak nak lagi makan nasi, kena makan hidangan berasaskan sayuran.


Kuah Pasembor
10 tangkai cili kering digunting dan direndam air panas*
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sb udang kering direndam*
2 sb minyak
3 cwn air
3 sb kacang tanah dipanggang/goreng lalu ditumbuk
2 keping asam gelugor/secukupnya air asam jawa
6 keping biskut Marie diblend
3 sb gula/gula merah
garam secukup rasa
1/2 sb bijan disangai
Tumis bahan bertanda * yang telah diblend hingga naik minyak.Masukkan air,air asam,gula,biskut Marie,kacang dan garam.....biarkan didih dan pekat.Akhir sekali masukkan bijan.Boleh dihidangkan bersama:-
Timun
Sengkuang
Taugeh dicelur
Tauhu digoreng dan didadu
Cucur udang
Telur rebus
Sotong dibuat sambal tumis dan diambil sotongnya
Ubi kentang direbus

Selain Pasembor kak rus juga buat gado-gado......hahaaaaa tiap-tiap hari makan sayur saja.



Sedap juga dengar lagu lama ni nyanyian Datuk Yasmin





Assalamualaikum.....dan Terima Kasih Semua.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net