Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Oct-2011 09:50 Email | Share | Bookmark
Mee Hokkien Jadi Mee Hailam

Teringin bebenor kak rus nak makan Mee Hokkien....memandangkan semua bahan untuk membuatnya ada belaka.Kak rus tak sedar pun yang mee untuk membuatnya adalah mee yang lebih kasar.Bila dah siap rasanya macam Mee Hailam saja.....tapi untuk nak jadikan mee tu tetap Hokkien kak rus menghidangkannya dengan sambal belacan....betul ka jadi Mee Hokkien.....entahlah....heheheheeee



Ini pula hidangan pagi ini......Roti Puri....memandangkan ada lebihan dalca kak rus buat semalam.Dalca tu kuahnya nampak gelap sikit pasal kak rus ada masukkan pisang muda,mungkin pisang nilah yang menyebabkan kuahnya kelihatan gelap...hehehehe





Resepinya dari majalah Jelita tahun 80an...hehehe...

1 cwn tepung gandum-(kak rus tambah sikit lagi pasal bila diadun jadi lembek sikit)
2 sudu besar minyak sapi
1/2 cwn air
1/2 st garam
minyak secukupnya untuk menggoreng
1.Tepung campur garam dan digaul dengan minyak sapi hingga menyerupai serbuk roti.
2.Masukkan air sikit-sikit sambil diuli menjadi seketul adunan.
3.Bahagikan doh menjadi 5 ketul...kak rus buat dapat 8 ketul.
4.Leperkan doh dengan rolling pin-taburkan dengan sikit tepung supaya tidak melekat.
5.Goreng dalam minyak banyak yang panas-tekankan atasnya semasa menggoreng supaya puri menjadi kembung.
6.Boleh dihidangkan dengan kari ayam,kari daging,kari sardin atau dalca.





Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net