Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Oct-2011 12:04 Email | Share | Bookmark
Buat Karipap Pusing Lagi......

Anak kak rus dari Plymouth telefon bagitau kawan serumahnya Qistina sungguh rajin memasak.Setiap hari minggu ada saja yang nak dimasaknya dan pernah mencuba buat Karipap Pusing....tapi sayangnya tak jadi elok.
Untuk berkongsi dengan Qistina kak rus mencuba lagi untuk membuat Karipap Pusing dan kali ini menggunakan resepi daripada Wila sebab tengok karipapnya cantik sangat.Apa khabar Wila lama sangat menyepi diri.......banyak kali sangat kak rus menjengah ke rumahnya tapi tak dak penghuni pun pasal tak update,update.Kak rus suka ke rumah Wila kerana resepi-resepinya menawan hati kak rus untuk mencuba.Kak rus nak ucapkan terima kasih yang teramat kerana resepi Karipap Pusingnya yang kak rus cuba memang sungguh memuaskan hati.
Untuk Qistina di Plymouth sana....cuba ikut resepi ini pula....mungkin kali ini bila buat akan menjadi lebih elok dari yang terdahulu.






Resepinya kak rus ambil dari rumah Wila....TQ Wila
Karipap Pusing

Bahan A
80 gm tepung gandum
60 gm lemak sayur/shortening

Bahan B
150 gm tepung gandum
1/2 sb gula (kak rus guna 1/2 st sahaja)
1/2 st garam
30 gm marjerin
70-75 ml air

Cara membuatnya
1.Gaul bahan A bagi sebati dan ketul-ketulkan menjadi 8 ketul -ketepikan.
2.Gaul pula bahan B - tepung + garam + gula dengan marjerin menjadi serbuk roti kemudian diuli dengan air sehingga menjadi doh yang sebati dan lembut kemudian ketulkan juga kepada 8 ketul.
3.Ambil doh B leperkan kemudian masukkan doh A ke dalamnya dan balut menjadi ketulan yang lebih besar-buat hingga selesai 8 ketul tadi.
4.Ambil seketul dan canai membulat kemudian digulung kemas -buatlah hingga selesai menjadi 8 gulung.
5.Ambil segulung canai memanjang kemudian gulung kemas-kemas -buatlah hingga selesai.
6.Ambil satu gulung kemudian dipotong 4 bahagian dengan menggunakan pisau tajam.
7.Potongan ini dicanai nipis dan masukkan inti karipap - ingat bahagian yang mengadap ke papan canai yakni bahagian bawah yang diletakkan inti.Kelimkan bagi kemas supaya tidak terbuka bila menggoreng nanti.
8.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng karipap dengan api sederhana/perlahan kerana karipap ini cepat menjadi garing.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net