Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 22-Oct-2011 07:34 Email | Share | Bookmark
Mesti Ada Cucur Udang.....

Teringin pula nak pekena Mee Jawa......sebab ada sepeket mee kuning yang dibeli 2 hari sudah.Resepinya kak rus ambil dari majalah Jelita lama yang kak rus nak buang.Sebelum jual kat apek suratkhabar lama, buat kerja dulu mengumpul,menyalin,menggunting dan menampal.Kak rus rasa tak buat tugasan tu pun tak jadi masalah, pasal sekarang ni nak resepi apa-apa pun cuma tekan key board saja....hahahahaaaa....pasti resepi tu akan muncul.....alhamdulillah.
Sebenarnya Mee Jawa tak perlu dihidangkan bersama cucur udang....tapi memandangkan tak salah kalau ditambah kerana kak rus rasa lebih sedap kalau dimasukkan cucur udang tu....kalau tak dak ibarat hidangan Soto tanpa Pegedil....alahai memandai-mandai pula kak rus niiii....



Resepinya dari majalah Jelita 1995
1 kg mee dicelur sebentar
2 kg tulang lembu termasuk dagingnya direbus untuk ambil stok dan dagingnya.

2-3 sudu besar rempah kari daging*
10 -15 tangkai cili kering direbus*
100 gm udang kering direndam sebentar dlm air panas*
1/2 cwn taucu*
3 batang serai dihiris*
sedikit halia dan lengkuas*
1 biji bawang besar dibelah-belah*
3 ulas bawang putih*
300 gm keledek direbus kemudian dimesin dgn sedikit air
1/2 cwn kacang tanah digoreng dan dikisar
sedikit tepung jagung + sedikit air utk memekatkan kuah.
garam secukupnya
2 keping asam gelugur
Sedikit gula (kak rus tak bubuh)
sedikit minyak untuk menumis

Bahan hiasan/tabur
Taugeh dicelur sebentar
Tauhu digoreng dan didadu
Cili merah dan cili hijau dihiris
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup dihiris
Daging yang direbus dihiris
Telur ayam rebus
Cucur udang (kak rus tambah-hehehe...)

Cara membuatnya
1.Kisar bahan bertanda *kemudian ditumis hingga harum baunya.Masukkan ait rebusan tulang dgn tulang-tulangnya sekali.Biarkan mendidih .

2.Masukkan keledek,kacang ,tepung jagung,asam gelugur dan garam.Masak lagi hingga kuahnya pekat.Rasa asam garamnya.

3.Boleh dihidangkan.


Ada pisang pula ranum dah banyak tahi lalatnya jadi kak rus juga mencuba kek ni...heheheheeeee......Kek Pisang Lapis Planta dari Himpunan Resepi Pilihan Wanita/Planta.Lama juga dok melapis kek ni sampai terlepas menonton drama Korea Lovely In-Laws...........
huhuhuhuuuuu....Tak palah kita tengok siaran ulangan saja.





Resepinya sekiranya ada yang ingin mencuba
Bahan A
250 majerin planta
100 gm gula castor (kak rus guna 75 gm sahaja)
10 biji kuning telur
200 gm pisang dilecek

Bahan B
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil All Spice (kak rus tak bubuh pun tak dak )

Bahan C
6 biji putih telur
100 gm gula castor (kak rus guna 75 gm juga)

Cara membuatnya
1.Pukul A sehingga menjadi berkrim,masukkan pisang lecek dan pukul sehingga sebati kemudian campurkan bahan B yang diayak terlebih dahulu.

2.Pukul C sehingga gebu kemudian masukkan ke dalam adunan 1.

3.Sapukan satu lapisan nipis di dalam loyang ( yang digris dan ditabur tepung).

4.Bakar dengan api atas selapis demi selapis sehingga selesai.Setiap satu lapis dibakar selama 5 minit.Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah 10 minit.






Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net