Want your
own Fotopage?








 
Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Oct-2011 20:30 Email | Share | Bookmark
Buat Pulut Kacau Pula......

Sebenarnya kak rus bukan boleh makan pulut kacau ni kerana kemanisannya yang keterlaluan....tapi keinginan untuk mencubanya meluap-luap.Terpanggil untuk membuatnya memandangkan beras pulut pemberian MPSP semasa Hari Raya Aidilfitri masih tak terusik......huhuhuhuuu.
Kak rus juga ingin mencubanya kerana tergerak hati nak beri kepada kawan baik kak rus,Puan Saadah bt Saidin,GB Sekolah Rendah Kebangsaan Tasik Apong yang bersara pada 24.10.2011 yang lalu.Resepinya kak rus ambil dari rumah Mamaleza dan memang sedap sangat menyamai resepi yang pernah arwah bonda kak rus buat.



Resepinya......Pulut Kacau/Wajik Durian (kak rus gandakan bahannya)
500 gm beras pulut direndam lebih kurang 4 jam kemudian dikukus
50 gm gula pasir
750 gm gula merah
1 cwn isi durian
3 helai daun pandan disimpul
375 ml santan pekat
sedikit garam
Cara membuatnya
1.Gula,gula merah,daun pandan dan garam dimasak dengan 1 1/2 cawan air.Bila dah larut ditapis dan diketepikan.Kak rus tapis menggunakan kain muslin.
2.Beras pulut dikukus dan dibiarkan sejuk.
3.Jerang air gula , santan dan daun pandan dalam kuali-kacaunya selalu hingga pekat dan bertali baru masukkan pulut.Kacau hingga kental kemudian masukkan isi durian dan terus mengacaunya lagi.
4.Lepakan pulut kacau panas-panas dalam bekas yang dialas dengan daun pisang.Biarkan sejuk baru dipotong untuk dihidangkan.




Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net