Kak Rusnah's Recipe
"
By: Rusnah Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Oct-2011 09:00 Email | Share | Bookmark
Hari Lahir Yang Memilukan

Kak rus dah teruja nak menyambut hari lahir di tempat ngaji kitab bersama kawan-kawan kerana tahun ini birthday kak rus jatuh pada hari Jumaat....suka sangat.Kak rus dah siap tempah Nasi Dagang dan dah buat sebiji kek....Kek Victoria Sandwich.Kak rus juga dah berhajat nak minta ustaz bacakan sikit doa dan dah terbayang-bayang, kawan-kawan akan mengaminkan doa tersebut.....tapi kita hanya mampu merancang yang menentukan ialah Allah Subhanahuwataala.
Pada hari tersebut abang sulung kak rus meninggal dunia kerana kemalangan.Hancur luluh rasa hati kak rus dengan kejadian ini.....Innalillahiwainnailaihirajiuun....al-fatihah ..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman.Pilu sungguh rasa hati kak rus,mata membengkak kerana tiap-tiap malam menangis,menangis dan menangis saja kerja kak rus.Bukanlah menangis terisak-isak tapi entah macam mana air mata tak boleh ditahan-tahan...bergenang dan bercucuran di pipi.
Kak rus nak ucapkan terima kasih kepada semua saudara-mara,orang-orang kampung dan sahabat handai yang telah bertungkus lumus menyempurnakan pengkebumian jenazahnya pada hari tersebut.Kak rus juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Nab yang telah menunaikan hajat kak rus (tak pi ngaji hari tu) supaya ustaz baca sedikit doa untuk birthday kak rus.Sebenarnya kak rus tak minta Kak Nab buat pun begitu cuma kak rus bagi tahu yang kak rus nak buat sikit jamuan....alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi.
Inilah kek yang kak rus siapkan.....huhuhuhuuuuu Kek Victoria Sandwich dari rumah Kak Zai......terima kasih banyak-banyak ya Kak Zai.Nak hias sikit kononnya tapi tak sempat........cuma sempat sapu jem dan krim putar sahaja.Nak tabur gula icing pun tak sempat juga.



Bahan-Bahan:-
250 gm butter
250 gm gula castor - akak bubuh 200 gm gula castor
220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
1 st baking powder*
secubit garam*
5 biji telur yg besar
2 sudu besar golden syrup (kak rus ganti dgn cream putar)
2 sudu teh esen vanilla
Jem strawberry utk sapu pd kek
Cream putar (kak rus tambah)

Cara-Cara:
1.Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
2.Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
3.Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
4.Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanilla.
5.Masukkan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
6.Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan ke dalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.Kak rus bakar dalam satu acuan....bila sejuk kak rus guna pisau potong roti bahagikan 2 kek tersebut sama tinggi....sebab acuan saiz sama cuma ada satu sahaja.
7. Sejukkan kek dan sapu jem di atas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur di atas kek dgn gula aising.








Assalamualaikum....dan Terima Kasih Semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net